PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Thursday, 10 May 2012

SEBARKAN!KELAB MURTAD DI MALAYSIA!!!


Sebentar tadi AC terbaca satu post di dinding facebook yang ditampalkan oleh pengguna facebook Irwan Hadzly Abd Rahim, tentang kewujudan satu laman blog bertajuk "KELAB MURTAD DI MALAYSIA". Lantas tanpa berfikir panjang AC klik pada pautan tersebut dan inilah hasilnya;




Bukan niat AC untuk mempromosikan laman blog ini. Langsung tidak terlintas di kepala AC untuk berbuat demikian. 

Pada pandangan AC, walaupun setiap rakyat diberikan hak untuk bersuara, dan memberikan pendapat masing-masing tetapi kebebasan yang diberikan ada had dan batasannya.

Kebebasan yang ditunjukkan oleh penulis blog ini ternyata sudah melampaui batas yang sepatutnya. 

AC juga berpendapat agar pihak berwajib seperti SKMM, dapat menjalankan pemantauan terhadap laman blog ini sebelum ianya menjadi racun kepada mentaliti masyarakat Islam di Malaysia.

AC juga berpendapat, penulis ini hanya menggunakan nama  di mana namanya sama dengan nama Dr. Hasan Ali. Ini bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat serta perlakuan khianat terhadap Dr. Hasan Ali.

Pada masa AC menulis artikel ini, AC mendapati laman blog ini telah membuat sebanyak 13post artikel, dan antara tajuk artikelnya adalah;


Itu adalah antara artikel yang telah diposkan dalam laman blog ini. Laman blog ini telah mula ditubuhkan sejak 10 Mac 2012, berdasarkan tarikh post pertamanya.

Diharapkan pihak berwajib dapat melakukan tindakan sewajarnya.  

SEBARKAN


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/05/kelab-murtad-di-malaysia.html#ixzz1uTplAa4Q

Dr. Hassan Ali Nafi UMNO Terlibat Dalam Serbuan JAIS




SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Umno Selangor tidak terlibat dalam operasi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utamapada 3 Ogos tahun lepas.

 Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat dalaman daripada JAIS mengenai penglibatan Umno Selangor dalam serbuan itu. Hasan, yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, turut berkata tidak ada mana-mana anggota Umno yang datang berjumpa beliau selepas serbuan dibuat.

 "Sebelum, semasa dan selepas (serbuan) tidak ada orang Umno temui atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya tentang operasi (JAIS) itu," katanya semasa menjawab soalan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno.

 Hasan berkata demikian pada hari pertama perbicaraan kes saman RM10 juta Umno terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang memfailkan saman itu pada 14 Sept tahun lepas, menamakan Mustafa; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd; penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman; dan wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, sebagai defendan.

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin antara lain mendakwa Mustafa, ketika ditemu ramah Khairul Azlam pada 15 Ogos 2011, telah memfitnah Umno berhubung operasi serbuan JAIS di gereja berkenaan dan kenyataan Setiausaha Agung Pas itu diterbitkan dalam sebuah artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais' di halaman kedua akhbar Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011.

 Kepada soalan Mohd Hafarizam bagaimana beliau mengetahui mengenai serbuan di gereja itu, Hasan berkata beliau mendapat maklumat melalui SMS ketika menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya.

 "Selepas habis mesyuarat, pegawai JAIS datang ke bilik saya dan saya beritahu mereka ada kebijaksanaan untuk menjalankan tugas dengan profesional, jadi saya nasihatkan mereka supaya jalankan tugas dengan profesional," katanya. Hasan turut disoal peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa mengenai kewajaran Setiausaha Agung Pas itu mengadakan sidang akhbar berhubung isu serbuan Jais di gereja berkenaan.

 Mohamed Hanipa: Merujuk kenyataan (Mustafa) iaitu 'PAS ingin ahli dan pemimpin PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Umno', setuju atau tidak ia lebih kepada satu peringatan kepada ahli PAS.

Hasan: Bagi saya mungkin itu satu reminder (peringatan) tetapi menjurus terus kepada Umno saya rasa saya tidak berapa setuju. Dalam isu ini, saya tidak sangka Mustafa keluarkan kenyataan itu. Kalau saya Setiausaha Agung, saya akan `clarify' (dapatkan penjelasan) dulu, dapatkan `confirmation' (pengesahan) daripada pihak berkenaan, bila dah sahih baru saya `issue statement' (keluarkan kenyataan) kepada media.

 Mohamed Hanipa: Sebagai Exco kerajaan negeri (ketika itu) ada atau tidak awak buat sebarang tindakan (berhubung isu serbuan) atau keluarkan kenyataan rasmi.

 Hasan: Tidak ada, kerana ketika itu Menteri Besar Selangor telah buat `gag order' (arahan sekatan)yang melarang anggota Exco buat kenyataan mengenai siasatan JAIS di gereja itu.

 Sementara itu, Mohd Zin ketika disoal Mohd Hafarizam berkata penerbitan artikel berkenaan menimbulkan prasangka buruk seolah-olah Umno masih lagi campur tangan dalam urus tadbir agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri Selangor walaupun telah kehilangan kuasa pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-12.

 Ketika disoal balas Mohamed Hanipa, beliau bersetuju bahawa beberapa perenggan dalam artikel berkenaan tidak menyebut perkataan 'Umno Selangor' dan sebaliknya hanya menyebut Umno.  

"Kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan (terhadap defendan) tetapi Umno Selangor yang ambil tindakan sedangkan nama Umno Selangor tidak disebut di dalam artikel berkenaan," soal Mohamed Hanipa.

 "Saya tidak tahu kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan tetapi saya tahu Umno Selangor yang ambil tindakan kerana saya rasa saya ada locus standi," kata Mohd Zin.

 Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Hanipa bahawa kenyataan dikeluarkan Mustafa adalah lebih kepada memberi peringatan kepada pemimpin dan anggota PAS supaya berhati-hati dengan isu serbuan di gereja berkenaan agar tidak terperangkap dengan permainan Umno.

 Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bersambung esok. -- Bernama

sumber:http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2012/05/dr-hassan-ali-nafi-umno-terlibat-dalam.html

Thursday, 26 April 2012

MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN


Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat. Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitu penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.

2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:

“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “

Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :

“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”

3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa

besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak

yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh

Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari,

Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :

“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “

4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“. Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani,

Rasulullah S.A.W. bersabda

“ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “.

5. Adalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam hadis-hadis di atas, dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah menjadikan seseorang itu kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadishadis di atas, jika akidah dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin Al-Husain Al-Ajurry As-Syafi’i memberi peringatan dalam bukunya “Kitab Al-Syri’ah”, “Para ulama dahulu dan kini sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat, penderhaka kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan berpuasa, serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan memberi manafaat kepada mereka”.

6. Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain di atas bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke Syurga. Imam Annasaie meriwayatkan sabda Nabi S.A.W.

“Sesiapa yang keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan pemerintah, mati ia seperti mati jahiliah”

Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. sabdanya :

“Dan sesiapa yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti matinya orang-orang jahiliah”

Imam Al-Bazzar meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W.

“Mana-mana kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari akhirat”

Antara pesanan terakhir Rasulullah ketika Hijjatul Wada’, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Tirmizi dan lain-lain, ialah hadis yang bermaksud :

“Aku berpesan dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, berpuasa pada bulan ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan taat kepada pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu” Hadis ini menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga. Ini bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan sebagainya.

7. Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat di sebabkan oleh kegiatan penderhakaan atau “bid’atul khuruj” ini, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai “Kilabunnar” (anjing-anjing neraka). Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami oleh beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya mencetuskan keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan dalam negara. Berasaskan hakikat inilah, Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan mengenai golongan ini menyatakan :

“Golongan penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga sesiapa yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang mewarisi pemikiran ini dahulu dan kini”

8. Maka bertolak daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama muslimin, saya menyeru agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa juga bentuk sekalipun dalam sebarang tunjuk perasaan anti Kerajaan. Kerana perbuatan demikian adalah merupakan sebahagian daripada tindakan durhaka dan membatalkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama mengharamkannya. Kesannya seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh menjejas iman, memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah. Sayugia diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut tersebut. Ini diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ ...

Dan sesiapa yang menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan menanggung dosa perbuatan tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti perbuatan tersebut selepasnya, tanpa mengurangkan sedikitpun dosa para pengikut tersebut”.

Mereka juga akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap kesan yang terbit daripada perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang ramai.
SUMBER:http://ohpemerhati.blogspot.com/2012/04/menyertai-perarakan-menentang.html?

Saturday, 21 April 2012

Malik Kassim tak mahu lepaskan jawatan ...





PULAU PINANG 20 April - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.


 "Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya. "Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
sumber:http://mypenangonline.blogspot.com/2012/04/ydp-maipp-malik-kassim-tak-mahu.html

KIT SIANG DAN GUAN ENG BENGANG BILA NAJIB DEDAHKAN RAHSIA MEREKA...



Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan BN bagi memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dapat dicapai sepenuhnya.


Perdana Menteri berkata negara memerlukan kepimpinan kuat dan berkebolehan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi negara berstatus maju serta berpendapatan tinggi.



"Pembangkang boleh menawarkan anda matahari, bulan malah galaksi tetapi ini seolah mencabar kebijaksanaan anda.



"Tetapi saya pasti, sekarang anda dapat membezakan perkara yang baik untuk negara dan apa yang boleh dicapai oleh negara," katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di Sandarakan, Jumaat malam.



Katanya negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang seperti Selangor gagal menunaikan janji 32-perkara pada pilihan raya lepas termasuk pengurangan cukai tanah dan elaun bulanan kepada golongan ibu tunggal.



Najib berkata kerajaan Kedah dan Kelantan tidak banyak membawa perubahan manakala pelaburan di Pulau Pinang ketika ini merupakan syarikat yang pernah melabur ketika pemerintahan kerajaan BN di negeri itu.



Bagaimanapun, katanya, kerajaan BN mempunyai agenda jelas dalam hala tuju negara dan rekod pencapaian kepimpinan BN sudah teruji semasa krisis ekonomi pada tahun 2009.



Katanya ada pemimpin negara yang keluar daripada kerajaan BN kini menjanjikan pelbagai perubahan untuk rakyat namun tidak melakukan sebarang perubahan ketika masih berkuasa sebelum ini.



Menurut Najib pemimpin berkenaan ketika berada dalam BN menyokong segala langkah kerajaan pada ketika itu namun selepas berada di luar kerajaan, suara pemimpin berkenaan sudah berubah dengan menentang keputusan mereka sendiri dahulu.



Misalnya, Najib berkata Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperkenalkan oleh beliau ketika menjadi menteri pelajaran disokong oleh pemimpin pembangkang yang ketika itu Menteri Kewangan namun hari ini beliau sendiri yang menentangnya.



Malah, katanya pemimpin pembangkang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turut menyokong penubuhan PTPTN dengan mengundinya di Parlimen.



Justeru itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong pemimpin yang sentiasa berubah pendirian sebaliknya menyokong pemimpin yang meletakan kepentingan rakyat daripada segalanya.
- Bernama

Wednesday, 18 April 2012

Gerakan to finalise candidate list Friday

KUALA LUMPUR, April 18 (Bernama) -- Gerakan will finalise its list of candidates by Friday when the party's Central Working Committee meets to discuss on the possible candidates for 12 parliamentary and 31 state seats.

Deputy President Datuk Chang Ko Youn said the party had for the past few weeks been meeting its state leaders to prepare the list, including screening of the potential candidates by a group of people with no vested interest.

"We will have the CWC meeting on Friday night to discuss the list. However, I don't think it will be announced so soon as the list needs to be submitted to the BN top leadership for consideration," he told Bernama when contacted.

The party suffered its worst electoral defeat in the 2008 general election, retaining only two of the 12 parliamentary seats and four out of the 31 state seats it contested nationwide.

Not only that, the party also lost every seat in its home ground, Penang after governing the state for almost 39 years.

However, for this coming elections, the party is expected to put in extra effort to regain some of the seats in Penang.

Gerakan is expected to contest four parliamentary and 13 state seats in Penang, with 30 names submitted to the party leadership, of which 18 comprise newcomers while the rest are incumbents.

]

posted from Bloggeroid

Monday, 16 April 2012

Jail term on shoe throwing ex Imam upheld

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- The Federal Court here today upheld the one-year jail sentence on former imam Hoslan Husin who was found guilty of contempt of court for throwing his shoes at a Federal Court bench.
A five-man panel chaired by Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum unanimously dismissed his application to review the decision of the Federal Court's previous panel which found him guilty and sentenced him to a year's jail.
Justice Malanjum said Hoslan's application was for a review under Rule 137 of the Rules of the Federal Court 1995 where there was a requirement in law for Hoslan to pass the threshold to show issue of injustice for his review application to be allowed.
"Unfortunately, the threshold has not been crossed. There is no legal impediment of the previous Federal Court panel," he said in disagreement with the submission by lawyer Tommy Thomas, representing the Malaysian Bar, that the previous three-man Federal Court panel whom Hoslan had hurled his shoes at, was not the proper panel to hear his contempt matter.
Federal Court judge Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali and Datuk Seri Sulong Matjeraie were the other four judges presiding on the panel.
- http://www.nst.com.my/latest/jail-term-on-shoe-throwing-ex-imam-upheld-1.74560

posted from Bloggeroid