PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Monday, 25 July 2011

Siasatan Berhubung Perhimpunan Haram 9 Julai, Dijangka Siap Minggu Ini

GEORGE TOWN, 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai lalu akan siap minggu ini, bagi membolehkan pendakwaan dilakukan segera.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan masih dijalankan terhadap pihak-pihak tertentu yang masih membuat kenyataan yang tidak benar tentang perhimpunan berkenaan.
“Kita masih siasat tentang isu-isu yang telah dimainkan oleh pihak-pihak tertentu kerana masih terdapat pihak-pihak yang membuat kenyataan dan menayangkan perkara yang tidak benar tentang perhimpunan tersebut.
“Namun saya yakin bahawa kami akan mampu selesaikan siasatan berhubung perhimpunan tersebut minggu ini,” katanya selepas merasmikan seminar ‘Technology in Crime and Loss Prevention : The New Era’ di sebuah hotel,di sini hari ini.

Ismail berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya agar mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
Dalam perhimpunan itu, polis menahan kira-kira 1,500 orang termasuk penganjurnya Datuk S. Ambiga serta pemimpin Pakatan Pembangkang.
Terdahulu Ismail berkata pihaknya yakin dengan seminar sebegini, ia dapat memberi pendedahan kepada semua pihak terutama rakan niaga bahawa kerajaan Malaysia menitikberatkkan isu keselamatan. ”
Apabila objektifnya dicapai, semua pihak dan PDRM dapat mempertingkatkan keselamatan secara tempatan dan global sekaligus menunjukkan ia dapat ditangani pada tahap yang tinggi.
Hadir sama pada seminar berkenaan termasuk, Naib Pengerusi YayasanPencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi MCPF Pulau Pinang, Datuk Syed Jaafar Syed Ali.
Seminar dua hari yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Wakil-Wakil Penghantaran Kargo Pulau Pinang (PFFA), Persatuan  Pengilang Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang (Frepenca) dan Universiti Sains Malaysia (USM), disertai lebih 150 peserta termasuk wakil industri, NGO dan agensi kerajaan.
Ia membincangkan pelbagai topik membabitkan pengalaman dan hala tuju menangani jenayah siber, ancaman jenayah siber di Malaysia, integriti dalam pengendalian kargo dan penipuan dalam bidang korporat serta menimbulkan sikap prihatin di kalangan masyarakat.

Saturday, 23 July 2011

Ugut Bunuh Pulak,Kenapa DAP Takut?

Kalau dah tak salah apa nak takut,kenapa DAP mengelabah hingga mengarahkan majikan Razali yang dikhabarkan punyai kaitan dengan DAP tidak membayar gaji hingga 3 bulan kemudian terus memecat beliau.

Kenapa Lim Guan Eng,Ng Wei Aik dan Jeff Ooi tak senang duduk?Kenapa DAP begitu risau?Apa yang Razali tahu hingga mengancam DAP?


PULAU PINANG 22 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini mendakwa dia sekali lagi menerima ugutan bunuh daripada orang tidak dikenali, semalam.
Beliau yang dipecat daripada DAP pada 6 Julai lalu mendakwa diugut sekali lagi menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 10.05 pagi.

 Pada 2 Jun lalu, Mohamed Razali, 42, pernah menerima ugutan bunuh menerusi nota ditulis atas sekeping kertas yang diletakkan di depan pintu rumahnya.
Dalam panggilan yang diterimanya semalam, Mohamed Razali mendakwa seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu mengugut akan melakukan sesuatu terhadap dirinya jika beliau mendedahkan rahsia parti.
"Pemanggil itu berkata begini: Hang jangan dok dedah apa pun. Hang baru hilang kerja. Lepas ni hang pulak nanti hilang.

"Saya percaya ugutan ini ada kena mengena dengan kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini hari ini.
Selasa lalu, Mohamed Razali melahirkan hasrat untuk mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.
Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.
Beliau berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.
sumber:pisau.net

Thursday, 21 July 2011

Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Israel ?


Tuduh terdesak yang dilemparkan oleh Puak Pembangkang:

"Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit."

Kenyataan PDRM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya.


Inilah namanya taktik kotor yang didendangkan oleh pihak pembangkang. Salah satu cara utama mereka nak raih simpati kepada rakyat ialah memberi keyakinan bahawa PDRM ini kejam! Kalau pihak Polis tak saman Adun Sri Muda yang terdesak, belagak pandai tu dah kira nasib baiklah.
sumber:politikharian

Wednesday, 20 July 2011

Siapa Bilang YAHUDI Tidak SAYANG ANWAR IBRAHIM !


Tidak sah dan terbatal niat jahanam Anwar Ibrahim, jika sekiranya tidak mendapat sokongan (back up) dari rakan media sehidup semati Yahudi ... Jerusalem Post.

Sebelum melangkau lebih jauh, media Yahudi ini cukup konsisten melambung anak emas pihak Barat, Anwar 'The Jewish Blue Eye Boy' Ibrahim sebagai archetype demokrasi mengikut acuan Yahudi.



Carilah artikel dalam laman web ini yang menyanjung tinggi mana-mana pemimpin Muslim, memang tiada ... melainkan Anwar Ibrahim!
Cukup konsisten sehingga beliau dicanang sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru. Begitu bangga Anwar Ibrahim mendapat liputan khas sebegini.
READ MORE
Belum pernah mana-mana pemimpin Muslim Malaysia mendapat pengiktirafan terbesar dari kelompok Yahudi. Tidak kira sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang sekalipun.

Dan sekali lagi, Jerusalem Post memberi liputan khas aktiviti perhimpunan haram pihak pembangkang, BERSHIT 2.0.
READ MORE


Mustahil Hadi Awang mempunyai hubungan baik dengan media ini. Agak mustahil juga jika ada mana-mana pemimpin PAS dengan rela hati menjemput Jerusalem Post membuat coverage terhadap perhimpunan haram lalu.

Jika ada ... itu menempah maut namanya!

Namun liputan kali ini agak istimewa jika dibandingkan dengan liputan media antarabangsa yang lain.

Ini kerana, secara spesifik liputan media tersebut secara jelas memberi impak yang cukup besar kepada perkembangan ekonomi negara.


Liputan luar biasa ini lebih tertumpu mahu mempengaruhi pelabur asing untuk tidak melabur di Malaysia. Malahan tidak salah jika liputan hebat ini bakal menarik keluar pelaburan yang telah dimeterai.
Apa lagi penafian yang mahu Anwar Ibrahim lakukan. Bukankah ini tanda paling jelas hubungan baik Yahudi dengan Anwar Ibrahim sudah lama terjalin ... air dicincang takkan putus, inikan pula adik beradik tiri Yahudi!


Bukan calang calang media Jerusalem Post ini ... lebih hebat impak sebenarnya jika dibandingkan dengan CNN dan BBC.

Mungkin ini juga diantara beberapa sebab mengapa Hadi Awang begitu mempertahankan apa jua tindakan Anwar Ibrahim ... kekuatan hubungan dengan dunia Yahudi!
sumber:mediawangasamaju

Wednesday, 13 July 2011

NAJIB PERLU BERHENTI JADI MR.CLEAN!


Walaupun secara rasminya, BERSIH 2.0 gagal menepati sebagaimana yang dijanjikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, namun dalam kegagalan itu, sebenarnya Pakatan Rakyat meraih keuntungan yang sangat besar. Keuntungan yang dimaksudkan ialah, indikasi menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, kalaupun tidak bertambah, tetapi masih lagi utuh. Dengan hanya SMS, blog, portal, Twitter, Facebook dan panggilan telefon, mereka masih mampu mengumpulkan ramai manusia di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menunjuk perasaan.
Kalau hendak menyedapkan cerita, boleh sahaja bercerita yang kerajaan sebenarnya telah berjaya mengekang pengaruh Pakatan Rakyat kerana gagalnya Pakatan Rakyat mengumpulkan 300,000 orang sebagaimana yang diuar-uarkan. Namun hakikatnya, demonstrasi yang ternyata tidak mampu dikekang, membuktikan bahawa segala usaha yang dijalankan selepas PRU12, sebenarnya kurang memberi impak di sebalik cerita-cerita indah tentang kerajaan dan Najib Abdul Razak.

Ramai yang melihat Najib Abdul Razak sedang mengulangi perangai Abdullah Badawi yang lambat bertindak dan lambat membuat keputusan. BERSIH 2.0 adalah bukti yang sangat nyata. Walaupun blog-blog pro-UMNO-BN telah mulai memerangi BERSIH 2.0 berminggu-minggu sebelum 9 Julai, namun kerajaan hanya kelam-kabut membuat keputusan pada dua minggu terakhir. Pun begitu, dalam keadaan kelam-kabut itu, kerajaan sekadar memberi amaran, peringatan dan nasihat tanpa tindakan yang lebih konklusif untuk mematahkan demonstrasi 9 Julai sekaligus mengurangkan kerugian yang dialami oleh sektor ekonomi di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Luahan tidak puas hati tentang keputusan yang diambil oleh Najib yang dilihat terlalu mementingkan populariti, banyak tertumpu kepada salah seorang menterinya yang juga merupakan sepupunya iaitu Hishamuddin Hussein Onn yang ditugaskan menjaga Kementerian Dalam Negeri.
Pelbagai cadangan telah diberikan. Pelbagai desakan telah dibuat, malangnya Menteri KDN sekadar tersenyum, ketawa berdekah-dekah dan paling lebih pun, sekadar memberi amaran keras tanpa sebarang tindakan.

Najib dan pentadbirannya perlu berhenti daripada berpura-pura jadi MR.CLEAN. Najib perlu bertindak tegas bukan sahaja terhadap para perusuh tetapi lebih-lebih lagi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang sangat aktif dengan hasutan BERSIH mereka. Malah Najib juga perlu bertegas apabila berhadapan dengan media-media antarabangsa.

Setidak-tidaknya Najib perlu mencontohi Tun Dr.Mahathir dalam menangani masalah provokasi yang dibuat oleh media asing. Tun Dr. Mahathir tidak pernah memperlihatkan ketakutannya terhadap media-media besar dunia, termasuklah TIMES, WSJ dan sebagainya. Bahkan pernah suatu ketika, Tun Mahathir tidak membenarkan sebarang media asing membuat liputan atau menemubualnya.
Dan kerana itulah, banyak media asing terpaksa membuka cawangan operasi mereka di Malaysia, termasuklah Bloomberg Asia yang beroperasi di Menara Berkembar Petronas dalam usaha untuk mengambil hati Tun Mahathir. Namun apabila Tun Dr. Mahathir turun jawatan selaku Perdana Menteri, media-media asing ini kembali semula ke tempat asal mereka. Dan sikap mereka juga kembali seperti asal.

Sekarang, kita dapat melihat bagaimana media-media asing sudah mula memainkan peranan mereka untuk melihat kekacauan dan kekecohan berlaku di Malaysia dengan membesar-besarkan sebarang cerita yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pentadbiran Najib juga dilihat TIDAK BERANI berhadapan dengan media asing ini kerana bimbang reputasi serta nama Najib dikotorkan oleh media-media tersebut di peringkat antarabangsa.

Sampai bila sebenarnya Najib akan terus berlagak sebagai MR.CLEAN dan benar-benar menjalankan peranannya sebagai memenuhi aspirasi sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah meletakkan UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintah dan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri?
Sampai bila sebenarnya Najib akan benar-benar melakukan tindakan tegas yang tidak popular demi rakyat dan keselamatan negara?
sumber:peraktoday

Tuesday, 12 July 2011

KEKEJAMAN PUAK - PUAK PAKATAN!!!


Pasca Bersih membuktikan puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang dari jenis manusia yang kejam belaka. Memang tak de perikemanusiaan betul la diorang ni.

Bukan setakat dengan Polis dan FRU je diorang berani bertindak kejam. Tapi dengan pemimpin diorang sendiri pun, diorang kejam jugak. Baca cerita dibawah ni:
Antara isi ceramah a.k.a penerangan Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Badar Suci.
 
Tapak ekspo seberang jaya di gegarkan dengan paluan gong pakatan rakyat yang bernafsu binatang untuk memakan mangsanya iaitu Barisan Nasional dan UMNO. Atas nama Majlis Penerangan Perdana Kerajaan Negeri, maka pimpinan perang pakatan gampang menempiaskan nafsu syahwat politik mereka di dalam setiap ucapan. 

Untuk menghalalkan cara, maka kerajaan DAP menggunakan istilah Majlis Penerangan Kerajaan Negeri mendapatkan permit dari pihak polis. Sebelum ini mereka menggunakan nama forum bersih . 

Kerajaan negeri meletakkan sasaran yang hadir seramai 5000 ke 10000 orang. Namun, kali ini sasaran mereka amat amat meleset kerana yang hadir tidak lebih dari 4000 orang sahaja. Kali ini mungkin tiada alasan sekatan jalan raya. Yang pasti teman yakin, sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot.
Hah!!! Tak ke kejam namanya tu? Mangkuk ayun dua ekor tu sakit macam nak mampos, diorang suruh buat ceramah jugak? Tak ke gila namanya tu?

Kalau diorang tak kejam, bermakna memang sah la dua ekor mangkuk ayun tu memang berpura - pura sakit.

Yang sorang dengan bengkung leher dia sejak dari tahun 1998 lagi. Konon sakit 'tulang belakang', jadi kena la pakai bengkung leher.

Yang sorang lagi tu, kata dia kena rempuh dengan Land Rover, tapi setakat cedera dilutut. Kena langgar dengan LAND ROVER tapi ligamen dia je yang koyak?

Biasanya ligamen koyak ni, orang main bola je. Nampak sangat alasan tak masuk akal. Entah - entah dia jatuh katil malam sebelum tu, dia kata la kena langgar dengan Land Rover.

Tapi nak buat macam mana. Kalau dah namanya penipu, menipu je la kerja diorang pun!!! Piuh!!! Macam sial!!!

Monday, 11 July 2011

LAGU NEGARAKU DIHINA????


Belum habis lagi isu Bersih 2.0, timbul pula isu Lagu Negaraku dihina oleh seorang penuntut Universiti di lama sosial Facebook. Macam-macam lah sekarang ni, hari tu seorang budak lelaki kena tangkap oleh Polis sebab menghina Sultan dalam Facebook jugak dan mamat nie pulak bakal kena tangkap pulak lepas nie. Bukan setakat kutuk lagu, siap mempersendakan “Raja” pulak tu… Hmmm… Kalau tak nak duduk di Malaysia, pergilah main jauh-jauh dari Malaysia nie.
SUMBER;RILEXLAH

Tuesday, 5 July 2011

TUDUHAN YANG DIBUAT PENGIKUT BERSIH-LAWRENCE JAYARAJ

Went to La Salle Peel RoadLives in Kuala Lumpur, MalaysiaMarried to Agnes PadanFrom Long Semadoh, Sarawak, MalaysiaBorn on July 23, 1969

penyokong Bersih dah sotttt?????Hancur dah sekor nie???
  • Lawrence Jayaraj Ya... BERSIH kan Shabu dari Lawas Sarawak yang sengaja di biarkan oleh kerajaan Bn yang ingin menindas Rakyat Sarawak.
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan MACC kerana badan tersebut ialah BONEKA Umno/Bn
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan pelihanraya Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana EC telah di beli orang pemimpin Umno/Bn
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan kakitangan kerajaan dan pihak penguatkuasa di seluruh negara kerana terlibat dalam gejala rasuah yang sedang menghancurkan negara.
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan Sistem pendidikan terutama Menteri Pendidikan dari Umno yang selalu melakukan perubahan dalam policy Pendidikan National semata-mata mereka mendapat sokongan politic.
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan kerajaan kerana pekerja Indon sengan mendapat IC.
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan kerajaan Bn kerana ramai Orang Africa di Malaysia yang memberontak di kawasan perumahan rakyat Malaysia.
    5 hours ago ·
  • Lawrence Jayaraj BERSIH kan kerajaan Bn kerana tidak tahu RULE OF LAW dan Doctrine of Separation of Power kerane mereka ingin kekalkan kuasa kejahatan mereka.