Gambar di atas dihantar melalui emel kepada saya. Pengadu meminta saya menyiasat mengapa Jalur Gemilang dipasang terbalik, lambang negara berada dalam keadaan darurat.
Berikutan itu, jam 10.30 malam tadi, saya ke masjid terletak tidak jauh dari rumah. Bendera sama masih dikibarkan terbalik.
Saya kemudian menemui 2 kakitangan masjid dan memaklumkan mereka berhubung aduan saya terima.
Beberapa minit kemudian mereka membuat keputusan menurunkan Jalur Gemilang lusuh dan koyak di hujung itu.
Mereka berdua mengakui menerima aduan berhubung kedudukan bendera terbabit sebelum ini, cuma barangkali kekurangan masa untuk memperbetulkan posisi bendera itu. .
"Siapa menaikkan bendera selalunya?," soal saya.
"Siak," balas mereka.
"Ada orang buat ni, tengok cara ikatan pun simpul mati," keluh lelaki berbaju kemeja.
Dia kelihatan sukar menanggalkan simpulan.
Apapun, saya menerima kenyataannya sebagai satu tanggapan sahaja berikutan ketiadaan bukti sahih berhubung dakwaan itu. Tambahan pula, manusia boleh melakukan kesilapan secara tidak sengaja. Sebaik diturunkan, mereka berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang uzur terbabit dengan bendera baru.
Hemat saya, Jalur Gemilang harus dikibarkan dengan kedudukan betul kerana bendera itu dilihat ramai jemaah masjid dan mereka melintasi kawasan sama.
"Banner direntang di pagar masjid tu, memang mendapat kebenaran ke?," soal saya lagi.
"Tak," balas mereka.
Saya kemudian keluar dari kawasan masjid dan merakamkan gambar banner direntang di pagar berhampiran jalan utama. Di kalangan penduduk Kota Damansara, Petaling Jaya, masjid terbabit dikenali sebagai 'masjid kuning' kerana warnanya.
Banner memaparkan maklumat berhubung program bual bicara bertajuk 'Islam Dan Perubahan'.
Majlis akan berlangsung di Masjid Taman Subang Perdana, 10 Mei, jam 8 malam.
Sewaktu saya merakamkan gambar masjid terbabit ...
Mengapa ditanggalkan?
NOTA
Terima kasih kepada semua pengiklan di blog ini. Sokongan anda, amat saya hargai.
SUMBER:Mazidul Akmal Sidik
No comments:
Post a Comment