Masa kini, kita selalu dikejutkan dengan budaya-budaya negatif oleh muda-mudi kita di seluruh negera. Berbagai-bagai perilaku remaja semakin agak sukar untuk dibendung walaupun kerajaan sudah mencuba langkah-langkah yang proaktif untuk menangangi permasalahan tersebut.
Penulis dan juga seperti kebanyakkan orang lain sudah tentu risau akan perlakuan remaja sekarang ini yang mana untuk jangka masa panjang mungkin boleh memudaratkan kebajikan sosial masyarakat setempat.
Pernahkah kita fikir akan implikasinya kepada muda-mudi??ya..sudah tentu bukan?? jadi, persoalan penulis, manakan melentur buluh dari rebungnya??
Penulis lewat petang tadi terserempak dgn sedikit pertelingkahan kecil ditepi jalan..tapi penulis sungguh sedih kerana anak-anak mereka turut menyaksikan melihat ibu mereka bertengkar dengan orang lain yang seumur mereka. Perkataan kesat mula terhambur keluar..penulis disitu cuba mententeramkan pihak yang satu lagi..Hanya masalah remeh temeh, tapi diperbesarkan seperti dunia akan kiamat..
Yang tidak sedap dilihat apabila anak-anak yang meningkat dewasa “dalam lingkungan belasan tahun” turut sama mempelajari sikap negatif dari ibu bapa mereka sendiri. Mujurlah pihak yang lebih tua umurnya dan yang disalahkan ini menarik diri dan beralah..
Tapi penulis ingat ianya berhenti disitu..dengan angkuhnya si ibu tadi setelah puas menegakkan kebenaran remeh temehnya tadi berlalu pergi..tiba-tiba penulis ternampak anaknya menunjukkan isyarat “jari tengah” istighfar penulis…
Dari situasi pendek ini, dapatlah penulis rumuskan, pembelajaran bermula dari rumah. Jangan kita salahkan jika berlakunya kerosakkan moral dikalangan muda-mudi kita, kerana sudah tentunya tanpa sedar kita juga sebagai keluarga turut penyumbang dalam pembentukan identiti anak-anak.
Sama-samalah kita mendidik anak-anak kita supaya lebih menghormati dan berbudi bahasa, pokok pangkalnya ianya mencerminkan akhlak keluarga.
sumber:Pena KJ
No comments:
Post a Comment