Kongres PKR di Johor, cuba didengarkan sebagai sesuatu yang sangat hebat, terbaik dan teragung. Namun kalau sudah ada label PKR, maka yang tersaji adalah yang terlawak, terkecoh dan terbangang.
Ramai perwakilan yang menyalahkan Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Johor. Mereka merungut tentang urus selia perjalanan kongres. Ada yang merungut tentang tempat menginap. Ada yang merungut tentang peruntukan tak sampai. Ada juga yang merungut, perjalanan kongres tidak ubah seperti mesyuarat jawatankuasa kampung yang tidak mempunyai agenda kecuali semata-mata untuk menunjukkan 'kasih sayang' Azmin Ali kepada Anwar Ibrahim.
Kongres tersebut dilihat sebagai kongres terakhir Anwar Ibrahim sebelum Ketua Umum PKR itu dijatuhi hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya. Indikasi daripada perbicaraan yang dilangsungkan selama tiga tahun menunjukkan, Anwar tidak berusaha mempertahankan dirinya tetapi sekadar lari-lari dan tunda-tunda.
Azmin Ali sudah pun dapat menjangkakan konsekuens yang bakal diterima oleh Anwar Ibrahim. Kerana itulah dia bercerita tentang Anwar di dalam penjara, dan usaha-usaha yang hendak dilakukan untuk mengeluarkan Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Shamsul Iskandar Mohd Amin serta Zuraidah Kamaruddin.
Semuanya bercerita tentang kemungkinan Anwar berada di dalam penjara.
Ternyata, isu Anwar masuk penjara, tidak ditanggapi dengan sebaik-baiknya oleh para pengikut PKR dalam kongres tersebut. Isu tersebut dilihat hambar. Barangkali kebanyakan ahli PKR sudah dapat menerima kenyataan bahawa Ketua Umum mereka adalah seorang penggila seks yang menerima zina dan liwat sebagai satu kebebasan serta hak asasi manusia.
Sebaliknya yang dikecohkan adalah tentang perjalanan kongres yang juga kelihatan hambar seolah-olah PKR sudah sampai ke penghujung hayat. Azmin Ali sendiri dalam satu kenyataan menyatakan, parti-parti serpihan UMNO tidak akan bertahan lama. Dan sebahagian besar daripada PKR adalah serpihan UMNO - serpihan yang berperangai hodoh dan buruk serta tidak mendapat tempat lagi dalam UMNO tetapi masih ingin menunjukkan yang mereka tidak bersalah dan cuba merebut kuasa.
Azmin Ali sendiri adalah serpihan UMNO yang membina kekayaan mega ketika berada di dalam UMNO dengan bantuan 'kasih sayang' Anwar Ibrahim. Dalam dia sibuk memperkatakan kekayaan orang lain, pernahkah sekali anda mendengar Azmin menceritakan dari mana kekayaannya bersumber?