PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Saturday, 16 June 2012

Spekulasi baru. PRU13 Selepas Aidilfitri?


Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat ‘terpaksa’ dilupakan banyak pihak.Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihanraya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari.“Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan),” kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan.

Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini.Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian,” katanya.

Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan.

Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu.Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkanpada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya.

Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang.

“Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen),” kata Wan Ahmad lagi.

Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi.“Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa ‘keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri,” katanya lagi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen “adalah keputusan politik” yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambilkira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai.“Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya.

Tiada halangan kepadaPerdana Menteri dalam undang-undang,” katanya lagi.“Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan,” kata Ahli Parlimen ini.

Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, “satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan.”“Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan,” katanya.-SH

Wednesday, 13 June 2012

Pengasuh didakwa bunuh bayi dalam jagaannya

BATU PAHAT - Seorang pengasuh didakwa hari ini atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan di bawah jagaannya di rumah sewanya di Taman Bandar, di sini hujung bulan lepas.
   
Prosiding pendakwaan terhadap Tan Siew Bee, 42, yang merupakan ibu tunggal itu dijalankan di Wad 4, Hospital Batu Pahat kerana dia masih menerima rawatan akibat patah kaki.
   
Wanita berkenaan didakwa membunuh Lim Xiu Yao, empat bulan, di sebuah rumah di Jalan Panti, Taman Bandar antara 29 hingga 31 Mei lepas.
   
Lim dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.    

Tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
   
Pendaftar Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Rosmaliana Osman menetapkan kes disebut semula pada 11 Julai ini di Mahkamah Majistret, di sini, sementara menunggu laporan bedah siasat dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - Bernama

Monday, 11 June 2012

Pelakon Osman Kering Telah Meninggal Dunia Share 8



Baru sahaja sebentar tadi Keris menerima pesanan bbm daripada rakan berkenaan mesej yang disampaikan oleh wartawan Zuan Melodi. Jenazah dikatakan berada di HUKM dimana pengesahan telah dibuat oleh saudara Zuan sendiri daripada anak arwah, Eiby.

Allahyarham berasal daripada Bachok Kelantan dan Keris masih ingat beliau sering berada di booth UMNO dalam setiap majlis. Mungkin beliau juga seorang pejuang. Beliau yang terkenal dalam banyak drama dan filem pastinya meninggalkan kesan ke dalam dunia seni kerana aksi lucunya sentiasa membuatkan orang tidak kering gusi.

Al-Fatihah untuk beliau.

Neelofa mula 'panas' bila gambar seksi tersebar.



APABILA seseorang artis itu semakin mencipta nama, segala tindak tanduknya mula menjadi perhatian umum. Perkara sama turut berlaku kepada bintang yang semakin menyinar dalam dunia seni, Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa, 22 tahun.

Tidak sampai dua tahun pembabitannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Lofa berjaya menempatkan diri sebaris dengan bintang popular masa kini.

Pendedahan diterima juga semakin meluas. Wajahnya saban minggu menghiasi televisyen, sama ada mengacara Nona mahupun membintangi telefilem.

Seiring populariti diraih, Lofa kini mula berasa bahang menjadi artis dikenali.

Segala perilaku dan penampilan mendapat perhatian hinggakan perkara lampau dan sejarah hidupnya dikorek dan didedahkan untuk dijadikan bahan bualan masyarakat.

Penampilannya yang hanya berkemban sewaktu menjayakan klip video kumpulan bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Records lebih empat tahun lalu, dipaparkan beberapa laman blog hiburan hingga menjadi isu hangat baru-baru ini.

Sudah tentu ramai mengecam dan meluahkan rasa kurang senang terhadap gaya ditampilkan.

Bukan itu saja, malah sikapnya yang suka ‘cakap lepas’ dengan niat mahu jujur bagi memperbaiki sesuatu perkara turut disalah erti.

Memburukkan keadaan apabila ada pihak menggunakan kenyataan diberikan sebagai bahan sensasi sehingga mencetus kontroversi dan rasa tidak selesa sesetengah pihak.

Berbicara mengenai beberapa isu yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, Lofa menerimanya dengan tenang dan menjelaskan, ia sengaja dibangkitkan dengan niat dijadikan modal ‘cari makan’ oleh sesetengah pihak. Perkara itu secara tidak langsung mewujudkan kontroversi membabitkannya.

Gambar yang tersebar itu sudah lama. Malah sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja lagi. Saya tidak ambil pusing sangat kerana ia disiarkan pihak tertentu dengan niat untuk cari makan.

“Penulis blog hiburan yang menggunakan gambar itu mengharapkan apabila ia disiarkan, jumlah pembaca laman web mereka akan meningkat.

“Apapun, saya melihat isu ini daripada sudut positif. Ia banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati apabila tampil di depan umum,” katanya.

Lofa tidak menafikan, kemungkinan gambar berkemban itu bukan yang pertama dan selepas ini banyak lagi akan digunakan sesetengah pihak untuk meraih keuntungan.

Tambahan pula sebelum ini, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu lebih dikenali sebagai model. Sepanjang tempoh itu banyak kerja-kerja peragaan dilakukan, termasuk menggayakan pakaian yang dianggap sesetengah pihak terlalu seksi.

“Tidak dinafikan pada zaman remaja, saya suka bergaya dan memakai pakaian yang selesa bagi saya. Begitupun, apabila meningkat dewasa, manusia berubah mengikut peredaran masa dan usia.

“Bergelar artis dikenali, saya harus bertindak secara rasional kerana sedar kini saya menjadi perhatian umum. Saya harus menghormati perkara itu dan mula tukar penampilan.

“Waktu sama, saya turut menerima banyak komen daripada peminat. Sebagai contoh, ada yang menegur dengan berkata ‘awak tutup sikit, sebab kita suka awak’.

“Mereka menegur dengan baik dan saya menghargai teguran seperti itu. Saya ambil teguran mereka dan cuba ubah, namun untuk melakukan perubahan sudah tentu mengambil masa,” katanya. - Metro
sumber:http://www.utaranews.com/2012/06/neelofa-mula-panas-bila-gambar-seksi.html

Thursday, 7 June 2012

Foto:Mat rempit maut dibawah Lori

Seorang anggot bomba melihat keadaan salah seorang mangsa yang terpelosok dibawah lori

KUALA LUMPUR - Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

"Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama," katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999 - Sinar Harian




sumber: http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/06/anwar-hasut-mahasiswa-tak-payah-bayaq.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid