Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) tweeted at 5:00 PM on Mon, Oct 15, 2012: Sad to hear of Norodom Sihanouk’s passing. He gave much to Cambodia. I offer condolences on behalf of all Malaysians (https://twitter.com/NajibRazak/status/257767924176142337) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Monday, 15 October 2012
Friday, 5 October 2012
RASUAH :BEKAS PEGAWAI TLDM DIPENJARA SEHARI DIDENDA RM45,000
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat leftenan komander hari ini dihukum penjara sehari dan denda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan rasuah, tahun lalu. Nor Fyadzillah Mohd Taha, 30, dilihat menangis teresak-esak ketika Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman itu terhadapnya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, Nor Fyadzillah membayar denda itu. Nor Fyadzillah, yang sebelum ini bertugas di Cawangan Pembangunan Manusia TLDM, didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM9,000 daripada seorang kontraktor, Mustafa Shah Abdul Hamid sebagai dorongan kerana memilih syarikat Mustafa untuk menjalankan kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak TLDM. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sekinchan Ikan Bakar, Centrum Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa di sini pada jam 1.20 pagi, 22 Julai 2011. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi. Pegawai Pendakwa Wan Ahmad Nizam Wan Omar dari SPRM memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana walaupun mahkamah mengambil kira faktor pengakuan bersalahnya, hukuman yang termaktub adalah penjara dan denda. Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin yang mewakili Nor Fyadzillah, memohon hukuman ringan kerana anak guamnya kini tidak bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan selain mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun dan ibu yang menghidap penyakit diabetes. - BERNAMA
Thursday, 4 October 2012
FELDA AMBILTINDAKAN UNDANG -UNDANG JIKA PEMBANGKANG TERUS TABUR FITNAH...
501Awani (@501Awani) tweeted at 5:53 PM on Thu, Oct 04, 2012: Felda cadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkang jika terus-menerus menabur fitnah terhadap agensi itu. (https://twitter.com/501Awani/status/253794887017840640) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Tuesday, 2 October 2012
PEMANDU TEKSI KL MOGOK DI JLN BUKIT BINTANG
501Awani (@501Awani) tweeted at 5:48 PM on Tue, Oct 02, 2012: Pemandu teksi KL mogok di Jln Bukit Bintang. (https://twitter.com/501Awani/status/253068960306696192) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download