PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Monday, 9 May 2011

Pemuda Umno Pandang serius isu agama.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dakwaan Utusan Malaysia dan beberapa laman web tentang peristiwa sekumpulan manusia yang berhimpun di Pulau Pinang, termasuk MP DAP Jelutong Jeff Ooi yang telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, perkara ini perlu disiasat segera kesahihannya oleh Pihak Polis walaupun ia dinafikan olej Jeff Ooi.
“Jika dakwaan ini benar, kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengancam Keselamatan dan Kestabilan negara dengan mempelopori usaha untuk memusnahkan asas perlembagaan negara.
Walaupun kita hidup dalam negara yang berbilang agama, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti Penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Ini tidak boleh disangkal dan semua rakyat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Melayu yang beragama Islam,” ujarnya ketika merasmikan Mesyurat Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam sebentar tadi.
Tambahnya, Islam adalah agama Persekutuan, ini tidak boleh disangkal dan dipersoal oleh sesiapapun. Apa-apa cubaan untuk menukar agama rasmi persekutuan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Kumpulan yang masih mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan harus sedar bahawa tindakan mereka mengakibatkan rakyat terdedah dengan suasana yang tidak selamat dan menganggu-gugat keselamatan Negara. Dan ini tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan dengan itu, kita minta pihak PDRM menahan sesiapa juga yang cuba membakar api perkauman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa mengira samaada mereka Islam, Kristian, Budha atau Hindu,” ujarnya lagi.

Sunday, 8 May 2011

KJ = PEMUDA UMNO?


KITA melihat kerengganan dan perbalahan pendapat dalam gerakan pemuda UMNO Malaysia terhadap kepimpinan Khairy Jamaluddin (KJ) tidak akan terhenti walaupun bahang pemilihannya telah pun berakhir dua tahun lalu dan sehingga ke hari ini KJ dilihat masih menjadi sasaran beberapa pihak dalam kalangan Pemuda yang masih tidak boleh menerima beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Nasib KJ-masih ada api dendam!
Mungkin KJ ada silapnya tetapi bila kalangan Pemuda UMNO sendiri berterusan mempertikaikan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpinnya menjadikan institusi ini dilihat mempunyai masalah yang sukar diselesaikan dan meletakkan institusi Pemuda sebagai sayap yang membebankan UMNO
Sejak KJ menang walaupun dengan undi yang tipis,ramai kalangan pemuda UMNO seperti tidak boleh menerima kemenangan tersebut.Kemenangan KJ dicerca sedangkan yang mengundi KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah dari kalangan mereka sendiri..Cuma ada sedikit yang membezakan untuk KJ mengatasi saingan terdekatnya Khir Toyo dan meninggalkan jauh Mukhriz Mahathir.

Yang menyokong Khir Toyo dan Mukhriz sehingga hari ini tidak boleh menerima kemenangan KJ dan sikap penentangan ini juga seolah-olah menafi atau menghina perwakilan yang mengundi untuk memberikan kemenangan kepada KJ.Jelas sangat ada usaha membunuh demokrasi dan dituduh kononnya kemenangan itu kerana itu dan ini.Sepatutnya dalam keadaan UMNO yang semakin tercabar ketika ini,mereka semua meletakkan kepentingan institusi lebih tinggi daripada kepentingan peribadi.
Masalah kepimpinan dalam Pemuda UMNO semakin meruncing apatah lagi dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO ketika ini, kalangan Pemuda Bahagian masih lagi bercanggah pendapat.Ada yang mempertahankan institusi dan ada yang menjadikan mesyuarat Perwakailan kali ini sebagai meluahkan marah dan kebencian yang teramat sangat kepada KJ.

Kredibiliti KJ disanggah semahu-mahunya.Bila Ketua Pemuda Cheras,Haji Syed Mehdar memohon pertimbangan sewajarnya daripada Perdana Menteri  untuk memberikan tempat dalam kabinet atas sifat KJ sebagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,kedengaran pula Pemuda UMNO Bahagian Kepong mengusulkan dalam persidangan mereka supaya KJ dinafikan hak untuk mendapat tempat dalam kabinet.
Syed Mehdar merupakan antara yang menentang kuat kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda dan secara terbuka dalam ucapannya tidak menyokong KJ namun beliau menerima KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia malah meletakkan kepentingan institusi Pemuda sebagai lebih penting daripada tentangan peribadinya.Bagi beliau cukup jelas bahawa musuh yang perlu ditentang adalah yang berada di luar UMNO dan bukannya dari kalangan UMNO sendiri dan mahu KJ diberikan peluang.Pendirian Syed Mehdar ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau selama ini cukup lantang mengkritik kemenangan KJ dan secara terbuka tidak menyokong KJ.Syed Mehdar lebih berjiwa institusi.
Pendirian Syed Mehdar rupanya tidak menggembirakann musuh-musuh KJ.Bagai ada dendam pada KJ sedangkan hak untuk melantik KJ adalah di tangan Perdana Menteri walaupun ada yang mencadang ataupun menentang tetapi menggunakan ruang persidangan secara terbuka untuk mengkritik dan mencela KJ bukan lagi keadaan yang sesuai apatah lagi UMNO sendiri nasibnya seperti telur dihujung tanduk.Sepatutnya semua pihak bersatu dengan meletakkan kepentingan parti lebih utama dari rasa marah atau kecewa secara peribadi.
Soalnya siapakah yang untung dari perbalahan secara terbuka ini?Kita yakin tidak ada yang untung malah menjadikan UMNO itu sendiri semakin lemah dan tidak bertenaga malah langsung dilihat tidak berkesan kerana tidak ada penyatuan di kalangan mereka sendiri dan prinsip bila biduk lalu kiambang berpaut tidak terpakai dalam agenda Pemuda UMNO Malaysia.

Ataupun adakah ada tangan-tangan ghaib yang merencanakan segala agenda untuk memporak perandakan Pemuda UMNO Malaysia hingga ada pihak-pihak yang tidak sabar untuk menyingkirkan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO sebelum sampai masa di pemilihan akan datang?
Sepatutnya UMNO disemua peringkat sudah mengenepikan perbalahan secara terbuka dan lebih memfokuskan kepada gerakan untuk berdepan dengan PRU13 yang bakal menentukan untung nasib serta masa depan UMNO dalam politik negara ini.Mereka sepatutnya kembali dalam satu jemaah dan marapatkan saf perjuangan untuk UMNO dilihat terus relevan mendepani cabaran yang semakin sengit dari pembangkang.Nasib malang UMNO kerana tangan-tangan ahli-ahli mereka sendiri yang mencencang UMNO dari dalam.
Dosa kekalahan UMNO 1998 dibahukan dengan begitu sekali terhadap KJ yang dilihat sebagai punca kepada kekalahan besar UMNO/BN dalam PRU12 lalu dan apa sekalipun dendam atau rasa marah terhadap KJ,jelas itu semua tidak menguntungkan UMNO secara keseluruhan dan kerengganan hubungan di kalangan Pemuda UMNO seluruh negara ini meletakkan sayap UMNO ini hilang semangat mempertahankan institusi  yang secara kebetulannya institusi Pemuda ini dikemudikan KJ.
Apa sekalipun dosa KJ,yang penting jangan sesekali dimangsai Pemuda UMNO itu.Dalam keadaan waktu yang begitu terbatas dan suntuk ini,Pemuda UMNO harus dipacu dengan kekuatan bersama.Menggandingkan seluruh kekuatan yang ada untuk memerangi pembangkang dan kalau benarlah kebencian terhadap KJ sukar dilampiaskan, tunjukkanlah jalan keluar kepada KJ pada pemilihan Ketua Pemuda untuk tahun—tahun akan datang.
SUMBER:POLITIK HARIAN

Saturday, 7 May 2011

Trojan Horse



Apakah itu Trojan Horse ? Di Wikipedia, maksud nya dalam bahasa Inggeris adalah
“The Trojan Horse is a tale from the Trojan War, as told in Virgil's Latin epic poem The Aeneid, also by Dionysius, Apollodorus and Quintus of Smyrna. The events in this story from the Bronze Age took place after Homer's Iliad, and before his Odyssey. It was the stratagem that allowed the Greeks finally to enter the city of Troy and end the conflict.
In one version, after a fruitless 10-year siege, the Greeks constructed a huge wooden horse, and hid a select force of 30 men inside. The Greeks pretended to sail away, and the Trojans pulled the horse into their city as a victory trophy. That night the Greek force crept out of the horse and opened the gates for the rest of the Greek army, which had sailed back under cover of night. The Greek army entered and destroyed the city of Troy, decisively ending the war.”

Tetapi untuk kita rakyat Malaysia, dan ahli ahli Politik Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang, apa maksud Trojan Horse bagi mereka ? Dan pastinya Trojan Horse ini memang ditakuti bukan sahaja parti yang di menetap di dalam, tetapi parti yang hantar dia juga. Apakah senario politik hari ini untuk menjayakan jentera Trojan Horse ini ? Berapa puluh atau beratus sudah di ajar dan di hantar ke kem masing masing untuk menjadi Trojan Horse ini ?

Pertama adalah ketidakstabilan di dalam politik seperti hari ini. Di mana kedua-dua belah pihak tidak tahu kekuatan atau kelemahan masing-masing. Kedua-dua belah pihak juga takut untuk tahu apa kekuatan atau kelemahan mereka kerana itu akan jadi percaturan “end game” untuk parti yang kalah nanti. Kedua-dua belah mengikut dan merancang hari-hari, menganggap diri mereka sahaja yang paling baik untuk rakyat, tidak menghiraukan suara dari rakyat, dan tidak menghiraukan suara dari negara-negara jiran yang lantang bersuara pasal keadaan politik Malaysia hari ini. Adakah itu sebabnya Trojan Horse ini penting ? Adakah tanpa Trojan Horse ini parti politik masing-masing tidak boleh hidup ?

Ada parti yang kemungkinan hantar Trojan Horse ini dua puluh tahun dulu, dan mungkin ada yang baru hantar dua tiga tahun dulu. Yang sudah menetap sekian lama, yang hantar dia takut dia sudah pusing arah, tetapi masa akan beritahu kita apa sebenarnya akan jadi bila Trojan Horse ini bangun dan kerjakan apa yang dia dihantar untuk lakukan dulu. Adakah kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang sedia untuk senario seperti ini ? Adakah mereka sedia untuk menerima tamparan pada saat yang cukup mereka tidak sedia ?

Trojan Horse ini ada kerjanya, dan kepada mereka yang sepatutnya mencari dan menghapuskan Trojan Horse ini, akhirnya mungkin duit akan mencari penentunya, kalau tak cukup, tidak jumpalah. Kalau cukup pun, mungkin dapat baunya sahaja. Yang mana satu penting, yang mana satu patut kita hindari ?

Trojan Horse ini akan timbul. Di mana dan bila terpulang kepada kemahiran Trojan Horse ini. Adakah Trojan Horse ini Pemimpin Politik atau Pencatur Politik ? Adakah Trojan Horse ini memikir pasal Negara, atau pasal parti dia sahaja ? 
http://www.facebook.com/KritisOnline

Friday, 6 May 2011

Blogger diancam PKR?



hati 2 papa gomo...


http://www.papagomo.com/2011/05/gomo-suspek-penyebaran-video-seks-anwar.html


Tengahari tadi Gomo di soal siasat buat kali yang ketiga oleh pihak Polis berhubung video seks Anwar Ibrahim yang hangat waktu ini. Pihak polis menjalankan siasatan berhubung tersebarnya video seks dan Gomo di anggap suspek utama dalam penyebaran Video seks.


Dalam sesi soal siasat tadi Gomo manafikan bahawasanya Gomo terlibat dalam penyebaran Video seks dan Gomo memaklumkan kepada pihak Polis bahawasanya Gomo hanya Copy sahaja Video tersebut dari laman You Tube dan kemudiannya letak di Blogg! Malah beratus lagi blogger lain yang keluarkan Video yang sama.


Dalam pada soal siasat tadi juga Gomo meminta agar pihak Polis menjelaskan kepada rakyat dengan membuat pengumuman siapa pelakon lelaki dalam video Seks tersebut dan Pihak Polis menyatakan bahawa pengumuman siapa pelakon lelaki itu bukan terletak di bahu mereka! Ketua Peguam Negara lah yang sewajarnya mengumumkan siapa pelakon Lelaki dalam Video Seks!


Pihak Polis telah menjalankan siasatan dan hasil dari siasatan telah di serahkan kepada Ketua Peguam Negara dan apa sahaja pengumuman dari hasil siasatan biarlah AG yang mengumumkannya!


Soal siasat terhadap Gomo selesai jam 4 petang dengan selesai nya siasatan kali ketiga itu juga Gomo telah mendapat semula Laptop yang di rampas pihak Polis sewaktu soal siasat yang pertama di Sarawak!


Gomo juga di nasihatkan oleh Pihak Polis agar menjaga keselamatan memandangkan pihak AMK di lihat beriya iya dengan Gomo dan menaruh minat pada Gomo. Malah ada juga makluman dari beberapa pihak bahawa pihak AMK telah POS kan Gambar Gomo kepada Ahli AMK seluruh Malaysia. Untuk apa mereka menyebarkan gambar Gomo tidak lah di ketahui!


Namun Gomo nak pesan pada AMK cicak mengkarung ni semua! Jika takut pada Risiko Usah Bicara soal Perjuangan! Datang 10 kita Lawan! Datang seribu pun kita lawan! Kalau datang sejuta tu pembohong pasal PKR tak mempunyai ahli sampai sejuta pun! Hehehe



Apa pun esok satu artikel PANAS akan menyusul dan artikel ini akan menjelaskan lebih terperinci kepada rakyat Malaysia kenapa Anwar Ibrahim marah marah pada tempoh lalu setelah di soal siasat di Balai Polis Dang Wangi!



sumber:papa gomo

Thursday, 5 May 2011

Ranking Kebebasan Media Malaysia ke 143. Betul Ke Hak Bersuara Disekat Sepenuhnya?




Dalam satu kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Malaysia telah mendapat ranking 143 dari 196 negara. Ini bermakna dari sudut kebebasan media, Malaysia tidak memberikan kebebasan kepada media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Hasil kajian yang dilakukan oleh mereka wajar kita hormati, tak tahulah jika ada juga campur tangan politik dalam menilai kebebasan media di negara kita. 

Sedikit pandangan aku:

1. Jika dikatakan bahawa Malaysia tidak bebas dan menyekat pihak pembangkang daripada memberikan maklumat kepada rakyat bagi aku itu adalah satu tuduhan yang tidak adil. Masakan tiada langsung kebebasan media, jika tidak ada maka tiadalah Harakah, tidak ada Sinar Harian mahupun MalaysiaKini. Dalam pengamatan, sebagai contoh Harakah, walaupun dari segi undang-undang mereka hanya boleh menjual hanya kepada ahli mereka tetap mereka menjual secara terbuka dan sehingga kini tiada tindakan atas mereka. Jadi adakah tiada langsung kebebasan media?

2. Jika mengatakan bahawa media siaran telahpun dikuasai kerajaan, sekarang rakyat telah mula meninggalkan media perdana dan beralih kepada media alternatif seperti blog. Setakat ini, bagi aku kerajaan masih lagi bertoleransi dalam memberi ruang kepada blogger untuk memberikan pandangan. Tidak kira blogger pro pembangkang dan kerajaan tetap diberikan peluang. Jika kata kerajaan berat sebelah hanya menahan blogger pembangkang seperti AdukaTaruna, bagaimana pula dengan blogger pro kerajaan seperti PapaGomo? Hanya retorik? Anda sendiri yang menilai

Selain itu, dapat kita lihat juga banyak ceramah-ceramah politik diseluruh negara walaupun waktu tersebut bukanlah waktu pilihan raya. Persoalannya, ada negara lain yang membuat ceramah politik di luar waktu pilihan raya? Dan kerajaan masih lagi memandang sebelah mata memberikan kebenaran. Tentu sekali ada prosedur yang harus dituruti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ceramah akan dibatalkan. Hanya ceramah pembangkang pihak pembangkang sahaja yang disuruh bersurai? Tetapi masih banyak ceramah pihak pembangkang dapat dijalankan..bagaimana pula itu?

3. Indonesia mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Aku akui di sini medianya lebih terbuka dari negara kita. Namun ada baik dan buruknya. baiknya rakyat boleh mendengar pandangan dari pelbagai pihak kerana media perdana mereka memberi peluang semua pihak untuk berbicara. Akan tetapi aku melihat buruknya lebih dari baiknya. Sebagai contoh sewaktu hubungan Malaysia-Indonesia sedang tegang, mereka memanggil seorang ahli DPR (MP) untuk memberikan pandangan, dan dia menggunakan platform itu untuk untuk membakar kemarahan rakyat dengan meisytiharkan perang ke atas Malaysia. Perkara tersebut bukan perkara yang baik untuk kedua-dua negara.

Sememangnya negara kita masih kurang dalam memberikan kebebasan dalam media perdana. Cadangan aku beri peluang kepada pihak pembangkang juga untuk menyuarakan opini mereka. Buat program-program seperti debat atau forum untuk masing-masing dapat mengeluarkan hujah masing-masing. dalam isu-isu semasa dan pembangunan Rakyat sekarang sudah pandai menilai. Akan tetapi, kebebasan itu harus kita kawal, tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Demi kebaikan kita bersama.