501Awani (@501Awani) tweeted at 5:53 PM on Thu, Oct 04, 2012: Felda cadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkang jika terus-menerus menabur fitnah terhadap agensi itu. (https://twitter.com/501Awani/status/253794887017840640) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Thursday, 4 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
PEMANDU TEKSI KL MOGOK DI JLN BUKIT BINTANG
501Awani (@501Awani) tweeted at 5:48 PM on Tue, Oct 02, 2012: Pemandu teksi KL mogok di Jln Bukit Bintang. (https://twitter.com/501Awani/status/253068960306696192) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Thursday, 27 September 2012
DUA ANGGOTA POLIS YANG DITEMBAK STABIL
PETALING JAYA: Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini. Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu. Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini. Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher. Khalid berkata dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri. Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah. Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya. Beliau berkata polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain. "Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya. Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lalu. "Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami. "Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. - BERNAMA
Monday, 20 August 2012
SELAMAT HARI RAYA-DS@SHAHRIZATJALIL
Selamat Hari Raya - DS @ShahrizatJalil http://t.co/WnMfmeRA -- MALAYSIA (@TRANSFORMASI_BN)
Wednesday, 1 August 2012
Khalid -Dana khas biaya kos Guan Rafizi
“Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli,” katanya menerusi tulisan di Twitter.
Mohd Rafizi ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA). Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Mohd Rafizi berhubung kes berkenaan.
Mohd Rafizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Baifa.
Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Sumber: www.klpos.com/politik/9192-kj-
posted from Bloggeroid
Saturday, 16 June 2012
Spekulasi baru. PRU13 Selepas Aidilfitri?
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihanraya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian.
Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari.“Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan),” kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan.
Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini.Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini.
“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian,” katanya.
Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi.
Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan.
Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu.Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkanpada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya.
Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang.
“Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen),” kata Wan Ahmad lagi.
Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi.“Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa ‘keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri,” katanya lagi.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen “adalah keputusan politik” yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambilkira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai.“Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya.
Tiada halangan kepadaPerdana Menteri dalam undang-undang,” katanya lagi.“Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan,” kata Ahli Parlimen ini.
Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, “satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan.”“Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan,” katanya.-SH
Wednesday, 13 June 2012
Pengasuh didakwa bunuh bayi dalam jagaannya
Prosiding pendakwaan terhadap Tan Siew Bee, 42, yang merupakan ibu tunggal itu dijalankan di Wad 4, Hospital Batu Pahat kerana dia masih menerima rawatan akibat patah kaki.
Wanita berkenaan didakwa membunuh Lim Xiu Yao, empat bulan, di sebuah rumah di Jalan Panti, Taman Bandar antara 29 hingga 31 Mei lepas.
Lim dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.
Tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pendaftar Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Rosmaliana Osman menetapkan kes disebut semula pada 11 Julai ini di Mahkamah Majistret, di sini, sementara menunggu laporan bedah siasat dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - Bernama
