PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Tuesday, 28 June 2011

Perhimpunan Haram Bersih 2.0: Anwar Akan Disiasat Petang Ini

Polis meneruskan siasatan berhubung tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini dengan yang terbaru memanggil Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields (awal bulan ini).
“Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan mengenai perhimpunan Bersih,” kata kenyataan itu lagi,
Kenyataan itu menambah, Notis 111 yang dikeluarkan polis menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok (hari ini), pukul 5 petang,” katanya lagi.
Semalam, pihak polis telah mengambil keterangan daripada pengerusi Bersih, presiden Perkasa dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.
Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini manakala Perkasa dan Pemuda Umno dengan sokongan beberapa komponen Barisan Nasional mahu mengadakan perhimpunan balas.
Selain tiga wakil itu polis juga menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said semalam.

Wednesday, 22 June 2011

DAP Cuba 'Cuci Tangan' Tapi Berselerak Hangit Busuk!


Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP putar belit sekali lagi. Yang terbaru ialah isu 'pilihanraya masjid' yang tidak mendapat perkenan Yang DiPertuan Agung dan ditangguh ke Disember ini.

Kali ini, KM Pulau Pinang itu cuba 'cuci tangan' dan tidak mahu turut bertanggungjawab di dalam keputusan kerajaan beliau untuk meneruskan 'pilihanraya masjid' walau pun mendapat tentangan dan nasihat daripada pelbagai pihak yang mewakili umat Islam Pulau Pinang.

Rujuk di bawah :-
GEORGE TOWN (Jun 19, 2011): Baik DAP mahupun Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang, tidak mempunyai suara dalam keputusan-keputusan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ketua Menteri Lim Guan Eng menegaskan hari ini.

Beliau berkata ini berikutan kritikan yang telah berlaku selepas Raja memerintahkan MAIPP untuk menangguhkan latihan untuk menjalankan pilihan raya di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pilihan raya itu dijadualkan berlangsung hujung minggu lalu.

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menyampaikan perintah itu apabila Presiden MAIPP Ellias Zakaria telah mengadap beliau di Istana Negara pada hari Jumaat.

Ellias diiringi oleh Pulau Pinang Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. more
Kenyataan Lim Guan Eng itu ternyata berbau pembohongan jika dibandingkan dengan kronologi isu tersebut yang melibatkan Malik Kassim, Exco beliau yang menjaga hal ehwal Islam. Malah, Malik Kassim sendiri yang terhegeh-hegeh mengumumkan kaedah dan perancangan 'pilihanraya masjid'.


Maka, di manakah rasionalnya Setiausaha Agung DAP itu tidak mengaku kerajaan beliau tidak terlibat di dalam isu ini?

Rujuk di bawah :-
GEORGETOWN 6 Jun – Kerajaan negeri pimpinan DAP memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya di sini, hari ini seterusnya
Rujuk juga 2 video di bawah :-




Seperti yang MiM tegaskan sebelum ini, Malik Kassim seharusnya meletakkan jawatan beliau sebagai Exco hal ehwal agama Islam dan digantikan dengan ADUN PAS Permatang Pasir. Isu besar ini bukan yang pertama dirosakkan oleh Malik Kassim. Jangan lupa isu Maulidur Rasul yang turut melibatkan Malik Kassim. KLIK SINI

Dan apabila Lim Guan Eng sendiri cuba 'cuci tangan' dalam hal ini maka terserlah bahwa beliau sebenarnya tidak layak menjadi Ketua Menteri untuk semua kaum di negeri Pulau Pinang ini!
sumber:MiM

Friday, 17 June 2011

Bersih 2.0 - Ambiga Rancang - Anwar Sokong - Mat Sabu & PAS Jayakan

 
3 watak penting yang memainkan peranan penting untuk memastikan Demonstrasi Jalanan Bersih tetap diteruskan. Yang paling mencuri tumpuan sudah tentu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga, bekas Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga terkenal dan mencipta nama kerana perjuangannya mendapatkan hak kebebasan beragama di Malaysia termasuk kes murtad yang terhangat di pasaran, Lina Joy - Dan kini Parti Islam Semalaysia PAS menyokong kepimpinan Ambiga dalam demontrasi Bersih.

Anwar Ibrahim yang semakin kehilangan sokongan mahu rakyat Malaysia mengalihkan tumpuan terhadap kes LIWAT II yang mana dia akan membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. Pembelaan Anwar Ibrahim akan tertumpu kepada satu perkara - ALIBI - dan isterinya yang juga Presiden PKR DS Wan Azizah sudah pasti menjadi tumpuan.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS mempunyai misi yang perlu ditunaikan selepas rakan2nya dari DAP & PKR memberi sokongan penuh ketika kempen pemilihan iaitu memastikan mobilisasi jentera dan penyokong PAS turun ke jalan raya untuk demonstrasi Bersih atas nama protes terhadap SPR. Mat Sabu juga mengabui pandangan hati penyokong PAS dengan mem'bersih'kan Pengerusi Bersih, Ambiga.

Loan sharks listen to man’s wife


GEORGE TOWN: A group of loan sharks, in a rare show of diplomacy, sat down with the wife of a man who had borrowed money from them and listened to her side of the story.
The woman, a marketing and sales executive, who only wanted to be known as Lim, said the men were not aggressive towards her and only said they would wait for her husband to return after learning he was not in the country.

She said the loan sharks who came to her apartment in Tanjung Bungah had actually shown some empathy, unlike others she had read about who use ruthless means to get their money back.
Lim, 37, said her husband left her a note on March 1 to say he was leaving for China to start a business there to settle his debts.

She said the Ah Long had told her that her husband had borrowed RM14,000 from them.
She learnt that her husband had initially borrowed RM30,000 from the same people but the amount was settled by his parents.

“I was surprised they understood my situation and told me they would wait for him (Lim's husband) to come back,” she said at a press conference at the MCA public complaints bureau here yesterday.
“All I want is for my husband to return to pay off the debts and the housing loan payments that had not been paid since last October,” she said, adding the apartment was about to be sealed off by the bank.
The bureau's deputy chief Lim Thoon Deong said Lim's husband told him that he needed more time to save up enough money to pay off the debts.
source: The Star

Thursday, 16 June 2011

52 Billion Kebodohan Melayu Tapi Salahkan Orang


52 billion pegangan bumiputra didalam pasaran saham yang tinggal hanya 2 billion,Kemudian bermodalkan fakta ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang memerangkap MP Bagan menjadikan modal untuk memperbodohkan melayu yang beliau tahu cukup mudah dimanipulasi seperti mana beliau melembukan melayu Pulau Pinang.

Tujuan Lim Guan Eng membangkitkan isu ini sebenarnya untuk membuktikan bahawa melayu sendiri yang bodoh kerana menjual saham saham pegangan mereka kepada orang lain.


Perkara yang sebegitu mudah tidak boleh dicernakan otak haprak pakatan yang kita semua tahu bebal bodoh dan tidak mampu untuk berfikir,maka fakta itu dijadikan azimat untuk menghentam Umno .


Tahukah mereka apa yang mereka cakap atau sekadar berkokok dan menyalak menjadi pencacai DAP? Saham RM52 billion yang telah diagihkan melalui peruntukan khas saham bumiputera bukannya dapat secara percuma,tetapi harus dibeli. IPO yang dikeluarkan boleh dibeli asalkan beliau seorang bumiputra dan MAMPU. Kalau mana mana haprak pakatan nak beli dipersilakan,pakat beli ramai ramai di bursa saham.Tapi semua orang tahu yang berlonggok di Bursa Saham dan syarikat sekuriti adalah uncle uncle dan aunti aunti bukan melayu.Juak haprak pakatan hanya berlonggok di bursa saham fitnah di ceramah ceramah haprak pakatan.Itu saja saham mereka!


Pensyarah,doktor,enginer mahu pun kerani ofis yang berkemampuan boleh membeli saham kuota bumiputra . Saham itu bukan seperti subsidi mahu pun wang ehsan yang diberi terus kepada mana mana individu secara percuma.


Kita kena tahu,Agihan saham kepada bumiputra adalah dibawah Dasar Ekonomi Baru. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta untuk mendapatkan keuntungan dan agar dapat memohon saham yang baru. Maka pegangan saham yang dapat melalui IPO habis begitu saja.


Lim Guan Eng menuduh kononnya 54 billion saham bumiputra diperuntukan tetapi hanya 2 billion yang tinggal manakala bakinya 52 billion lesap,siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli,inikan pula saham syarikat senaraian awam,lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota bukan bumi hingga terlebih langgan.


Saham yang dibeli,apabila harga telah meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan skandal? Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan.Saham bukannya seperti lot rumah bumiputra yang tidak boleh bertukar tangan kepada bukan bumi apabila dijual.


Lim Guan Eng ternyata cuba memanipulasi fakta bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian.Beliau berasakan amat mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir hanya tahu terima kencing beliau mentah mentah.


Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima pink form saham saham bumi paling banyak dinegara ini daripada menyalak dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka.:klik sini , selepas itu kita boleh bincang apakah SAHAM YANG DIBELI itu adalah satu skandal atau pun penyelewengan.


Anda harus tahu,yang mendedahkan isu pegangan ekuiti bumiputra yang tinggal 2 billion didalam pasaran saham adalah Ds Najib sendiri.Lim Guan Eng hanya ambil isu ini dijadikan modal kononnya beliaulah hero dan pembela melayu.



Petikan artikel AndakJauhar

Ekuiti Bumiputera: Apa Ada Pada Statistik?

Saya agak kecewa selepas membaca artikel di sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Inggeris pada Isnin lepas. Artikel berkenaan yang ghairah ‘mendedahkan’ kelemahan beberapa tindakan kerajaan, dicetuskan oleh ayat yang ‘menjelaskan’ isu laporan kajian tentang pegangan ekuiti bumiputera:
“Di sini merupakan seorang saintis yang melihat data mentah dan membuat beberapa kesimpulan. Kesimpulan beliau mungkin betul atau tidak betul, namun ia tidak melibatkan sebarang niat jahat.”
Tampak mudah. Inilah yang digambarkan oleh penulis mengenai proses kajian tersebut, seolah-olah tiada sebarang kesan besar sekalipun kesimpulan kajian itu salah. Walhal pada hakikatnya, proses memperoleh maklumat peratus pegangan ekuiti bumiputera jauh lebih sukar.
Pertama, bagaimana pemilikan sesuatu perniagaan boleh didefinasikan sebagai mempunyai 51 peratus atau lebih saham atau ekuiti dalam perniagaan tersebut.
Jika 51% pemegang saham sesebuah syarikat adalah bumiputera, maka syarikat tersebut adalah milik bumiputera. Namun apa terjadi kepada baki 49% pemegang saham bukan bumiputera? Adakah angka 49% itu kini akan diabaikan atau perlukah ia ditambahkan kepada peratusan pemegang saham bukan bumiputera daripada syarikat lain? Saya yakin mana-mana kajian atau bancian akan mengabaikan angka 49% ini, sekali gus mengakibatkan gambaran yang tidak adil.
Sesetengah syarikat milik kerajaan atau GLC mempunyai ‘saham emas’, yang merupakan satu unit saham tetapi mewakili 51% jumlah keseluruhan. Walau bagaimanapun, saya fikir GLC perlu diasingkan daripada kajian ini kerana ia milik semua rakyat, tanpa mengira kaum.
Usah lupa bahawa harga saham juga adalah berbeza-beza, daripada beberapa sen hinggalah kepada belasan ringgit.
Bukan sahaja itu, malah sesuatu perniagaan boleh dimiliki oleh lebih daripada satu kaum. Ini boleh disebabkan oleh:
  • Pemilik tunggal ialah lebih daripada satu kaum;
  • Pemilik majoriti adalah lebih daripada satu kaum;
  • Kombinasi majoriti pemilik adalah lebih daripada satu kaum.
Sekiranya 6 daripada sejumlah 10 syarikat adalah milik bumiputera, adakah bermakna pegangan ekuiti bumiputera merupakan 60%? Sudah tentu tidak, jika baki 4 syarikat lain adalah syarikat-syarikat yang jauh lebih besar saiznya.
Bagaimana pula dengan syarikat yang boleh dibeli dengan harga serendah RM2, tetapi pembelinya bakal menanggung hutang sedia ada sebanyak RM600 juta? Dengan hanya RM2, pembeli akan memiliki 100% syarikat. Namun saya tidak fikir pemilikan sebegini boleh diterjemah sebagai kekuatan ekonomi.
Dari manakah pula data untuk kajian diperoleh? Terdapat beberapa organisasi yang boleh menyumbang data kajian, seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Namun begitu, adakah data daripada pelbagai organisasi yang berbeza ini dihubungkan? Jika tidak, maka sudah pasti terdapat data yang tertindih. Malah, jika kakitangan organisasi berkenaan pun menghadapi masalah untuk mendapatkan data terkini, apatah lagi pihak luar?
Salah satu situasi unik di negara ini pula ialah ‘ali baba’. Umum sedia maklum bahawa terdapat syarikat bukan bumiputera yang ‘membeli’ nama bumiputera dengan penawaran elaun, saham dan jawatan bagi menikmati faedah serta status sebagai syarikat bumiputera. Antara faedah yang boleh dikaut ialah kontrak-kontrak kerajaan.


Kerajaan mengambil berat mengenai saham bumiputra di Bursa Saham yang tidak mempunyai "holding power" sebab itulah Equinas ditubuhkan.

Penubuhan Ekuinas oleh kerajaan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.


Walau pun kencing Guan Eng dan juak haprak tidak disahut dan dijawap oleh pemimpin BN,perkara ini harus dijawap supaya rakyat tidak ditipu hidup hidup oleh haprak pakatan.





Fakta:Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.Kerajaan yang ada bijak dan menjaga kepentingan bumiputra maka ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera walaupun mereka boleh labur dengan hanya RM10 sahaja.


Kaum puak khawarij dan pakatan pun melabur juga dalam ASB,tak malu ka pakai produk DEB??
sumber:pisaunet

Wednesday, 15 June 2011

Ucapan Berapi Perdana Menteri di Gombak


Siapa nak tukar kerajaan dari PM DS Najib kepada DS Anwar Ibrahim memang tak nampak kerja yang dilakukan oleh beliau. 

PM sangat komited dan terbukti dalam masa sekejap sahaja kemakmuran ekonomi kita makin meningkat.

Pembangunan dibuat merentasi agama bangsa dan warna kulit mereka. Itulah keadilan Islam yang menjadi teras kemakmuran negara kita dari dulu hingga sekarang. 

Harap demi membalas jasa PM maka mari kita sebarkan video di atas agar rakyat sedar siapa yang benar-benar memimpin dan siapa pula yang benar-benar menipu yang dipimpin...

Saturday, 11 June 2011

Dr M ulangi kuasa politik Melayu hakis, risiko jadi minoriti


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua minggu ini mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.
Bekas presiden Umno memberikan pandangan yang sama Isnin lalu ketika berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, laporan The Malaysian Insider awal hari ini, memetik majoriti penganalisis politik tempatan berpendapat ia tidak mungkin berlaku.

Sehubungan itu dalam tulisan blognya hari ini, Dr Mahathir (gambar) menegaskan masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka.
“Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu,” kata beliau lagi.
“Saya akan dituduh ‘chauvinist’ dan ‘racist’ kerana menyuarakan pendapat saya ini.
“Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja panggilan. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah.
“Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai,” kata beliau dengan mengakhiri tulisannya, “wahai Melayu, ke mana kamu?”
Menurut perdana menteri paling lama menerajui Malaysia, pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin.

“Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia,” katanya lagi.
Kata negarawan ini, dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa tetapi yang tidak diambil kira oleh kepimpinan Melayu ialah mereka akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri.
“Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara,” katanya.
Tambah Dr Mahathir, perpecahan bermula apabila ulama-ulama Umno memisahkan diri mereka untuk menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia, yang pada mulanya ia tidak berjaya menghakis sokongan kepada pertubuhan utama orang Melayu iaitu Umno.

Beliau seterusnya menulis, kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam Umno iaitu parti serpihan Semangat 46 ditubuh.
“Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam Umno tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak Umno kehilangan penyokong.
“Kemudian Timbalan Presiden Umno (Datuk Seri Anwar Ibrahim) terpaksa disingkir daripada Umno dan ia berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli Umno untuk menyertai satu lagi parti Melayu.
“Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu Umno, PAS dan PKR,” katanya.
Dr Mahathir menambah, dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan.

Malangnya menurut beliau, tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat.
“Ketiga-tiga parti mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minority dalam negara,” katanya lagi.
Oleh itu ujar beliau, sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.
“Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam kerajaan-kerajaan pusat dan negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.
“Kita lihat di Perak umpamanya apabila kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.
“Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga menulis, dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri.

“Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran,” kata beliau dengan merujuk kepada Singapura.
sumber:insider