Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP putar belit sekali lagi. Yang terbaru ialah isu 'pilihanraya masjid' yang tidak mendapat perkenan Yang DiPertuan Agung dan ditangguh ke Disember ini.
Kali ini, KM Pulau Pinang itu cuba 'cuci tangan' dan tidak mahu turut bertanggungjawab di dalam keputusan kerajaan beliau untuk meneruskan 'pilihanraya masjid' walau pun mendapat tentangan dan nasihat daripada pelbagai pihak yang mewakili umat Islam Pulau Pinang.
Rujuk di bawah :-
GEORGE TOWN (Jun 19, 2011): Baik DAP mahupun Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang, tidak mempunyai suara dalam keputusan-keputusan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ketua Menteri Lim Guan Eng menegaskan hari ini.Kenyataan Lim Guan Eng itu ternyata berbau pembohongan jika dibandingkan dengan kronologi isu tersebut yang melibatkan Malik Kassim, Exco beliau yang menjaga hal ehwal Islam. Malah, Malik Kassim sendiri yang terhegeh-hegeh mengumumkan kaedah dan perancangan 'pilihanraya masjid'.
Beliau berkata ini berikutan kritikan yang telah berlaku selepas Raja memerintahkan MAIPP untuk menangguhkan latihan untuk menjalankan pilihan raya di masjid-masjid di seluruh negeri.
Pilihan raya itu dijadualkan berlangsung hujung minggu lalu.
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menyampaikan perintah itu apabila Presiden MAIPP Ellias Zakaria telah mengadap beliau di Istana Negara pada hari Jumaat.
Ellias diiringi oleh Pulau Pinang Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. more

Maka, di manakah rasionalnya Setiausaha Agung DAP itu tidak mengaku kerajaan beliau tidak terlibat di dalam isu ini?
Rujuk di bawah :-
GEORGETOWN 6 Jun – Kerajaan negeri pimpinan DAP memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.Rujuk juga 2 video di bawah :-
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya di sini, hari ini seterusnya
Seperti yang MiM tegaskan sebelum ini, Malik Kassim seharusnya meletakkan jawatan beliau sebagai Exco hal ehwal agama Islam dan digantikan dengan ADUN PAS Permatang Pasir. Isu besar ini bukan yang pertama dirosakkan oleh Malik Kassim. Jangan lupa isu Maulidur Rasul yang turut melibatkan Malik Kassim. KLIK SINI
Dan apabila Lim Guan Eng sendiri cuba 'cuci tangan' dalam hal ini maka terserlah bahwa beliau sebenarnya tidak layak menjadi Ketua Menteri untuk semua kaum di negeri Pulau Pinang ini!
Dan apabila Lim Guan Eng sendiri cuba 'cuci tangan' dalam hal ini maka terserlah bahwa beliau sebenarnya tidak layak menjadi Ketua Menteri untuk semua kaum di negeri Pulau Pinang ini!
sumber:MiM
No comments:
Post a Comment