PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Wednesday, 8 June 2011

Pemimpin DAP Meroyan - Dari Hitler Ke Takut Bayang-bayang !



Pada 6hb Jun 2011, Lim Guan Eng DAP telah mengeluarkan satu kenyataan seolah-olah memperlekeh dan memperkecil-kecilkan kenyataan DS Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri telah menyebut,
pada tahun lalu, indeks jenayah keseluruhan dilihat menurun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan susut sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2009.
"Penurunan ini bukan kerja mudah untuk dilaksanakan, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melakukannya walaupun NKRA menangani jenayah baru dimulakan sejak pertengahan 2009.
"Kejayaan membanggakan ini adalah kerjasama semua pihak dengan PDRM termasuk komuniti penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Muhyiddin menambah, walaupun indeks jenayah dilihat semakin menurun, kerajaan perlu berusaha keras bagi menukar persepsi masyarakat yang terus beranggapan kadar jenayah di negara ini masih tinggi.

Katanya, sepanjang tahun lalu juga, hasil kajian mendapati, kadar kebimbangan masyarakat terhadap jenayah menurun sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun 2009.
Kenyataan tidak diundang Lim Guan Eng DAP Cauvinis pula adalah seperti di bawah. Di antaranya :-
Pencegahan jenayah dan pengawalan ketenteraman awam merupakan salah satu penunjuk prestasi utama tata pentadbiran yang baik. Bersandarkan alasan ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan beliau walaupun berdasarkan statistik rasmi menunjukkan kadar jenayah telah menurun tetapi persepsi masyarakat adalah sebaliknya.
Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat. Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat sekiranya mereka berasa pada bila-bila masa mereka boleh diserang atau masih mendengar serta melihat kejadian jenayah.
 sungguh hairan dengan kenyataan dangkal lagi sumbang Lim Guan Eng DAP.
Apakah Lim Guan Eng masih tidak puas hati dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang menyokong pendedahan blog  tentang keceluparan Guan Eng menuduh negara ini mengamalkan idea-idea Hitler? Seterusnya KLIK SINI

Dan siapalah beliau untuk menegur Timbalan Perdana Menteri kononnya 'gagal memahami'?

Sedangkan diri beliau tidak terurus dan tidak efesien. Malah, kenyataan anak Lim Kit Siang yang mengatakan 'Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat" ternyata bercanggah dengan kenyataan awal beliau!

Semasa memuji diri dan angkat bakul sendiri tentang 'usaha gigih beliau dan kerajaan DAP tentang masaalah 3C, Cleanliness, Crime & Congestion', Setiausaha Agung DAP itu berkata :-
Kerjasama dan usaha polis membolehkan Pulau Pinang menjadi No 1 di Malaysia dalam penurunan Indeks kadar jenayah sebanyak 27%. Dalam 3 tahun ini, jelas sekali bahawa Pulau Pinang kini Lebih Bersih, Lebih Hijau dan Lebih Selamat.
Indeks turun 27% dan Pulau Pinang Lebih Selamat - Inilah yang dikatakan oleh KM Pulau Pinang itu! Maka, kalau tahu hubungkaitnya, kenapa Lim Guan Eng menuduh Timbalan Perdana Menteri 'gagal memahami'?

Atau Lim Guan Eng itu yang sebenarnya keliru, tak faham kerana terlalu banyak putar belit beliau?
sumber:blogmim

No comments:

Post a Comment