Friday, 3 June 2011
LIM TAKUT PAS UMNO BERGABUNG?
“UMNO tidak sepatutnya mencadangkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan bersatu. Jika ada cadangan ia sepatutnya melibatkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan untuk terus dengan komplot dan plot mereka untuk memecahkan parti,” katanya kepada pemberita semalam.klik disini
Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkanBarisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruhmasyarakat Melayu di negara ini.Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua partiterbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa juaisu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyoberkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikanimpian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinanparti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
"Saya pernah berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas dan saya bercakapmengenai perkara ini. Mereka memberi reaksi yang amat positif danmereka sendiri mengakui kerjasama UMNO-Pas adalah impian bagi seluruhmasyarakat Islam terutama orang Melayu.
"Siapa tidak mahu melihat UMNO dan Pas bersatu? Apa yang pentingsekarang, pihak UMNO dan Pas harus mengetepikan perbezaan fahamanpolitik supaya kita dapat memulakan segera usaha ini," katanya kepada [i]Utusan Malaysia[/i] di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awangagar semua parti politik di negara ini bersatu bagi mewujudkan kerajaanperpaduan dalam satu temuramah dengan sebuah portal berita baru-baruini.
Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitusemua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untukkepentingan parti masing-masing yang sempit.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketikamengulas kenyataan itu berkata, kerajaan campuran antara BN dan Passeperti mana dicadangkan oleh Abdul Hadi tidak perlu.
Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, antara faktor utama beliaumahu kerjasama itu berjaya direalisasikan adalah disebabkan agama.
Beliau berkata, gabungan antara kedua-dua parti berkenaan akanmenguatkan lagi kedudukan Islam sekali gus memelihara kesuciannyadicemari oleh mana-mana pihak.
"Saya optimis hasrat ini akan tercapai pada satu hari nanti.Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara antara UMNO dan Pas kerana kitasaudara seagama yang sentiasa menjunjung syariat Rasulullah.
"Selain mengetepikan perbezaan fahaman politik, sifat dendam antaraUMNO dan Pas perlu dikikiskan. Bagi saya, ini merupakan kerja agamakerana ia akhirnya bermatlamatkan untuk membela agama, bangsa dannegara kita.
"Bagi kaum lain, mereka tidak harus khuatir kerana hak mereka tetapakan terpelihara seperti mana termaktub dalam PerlembagaanPersekutuan," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Khir yakin dengan kewibawaanTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarahyang pernah dibuat oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Kedua,Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Tun Abdul Razak pernah membawa masuk Pas untuk menyertai partikerajaan pada tahun 1974. Walaupun usaha itu hanya bertahan setakatempat tahun, sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya melakukannya,"katanya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Beliau berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialahmengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas dengan menemukan pemimpinutama antara kedua-dua pihak.
Kata beliau, melalui muzakarah berkenaan, UMNO dan Pas boleh mencarisatu titik persamaan dalam isu-isu tertentu yang akhirnya memberifaedah kepada usaha membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pembentukan kerajaan campuran di Perak juga bolehdijadikan langkah awal kerjasama antara BN atau secara khususnya UMNOdengan pihak Pas.
"Di Malaysia hanya UMNO dan Pas sahaja parti orang Melayu. Jika inidapat direalisasikan saya percaya pihak yang paling gembira ialah orangMelayu sendiri.
"Saya mengimpikan ia benar-benar terjadi dan saya akan sentiasaberdoa kepada Allah agar apa yang kita impikan akhirnya menjadikenyataan," katanya lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment