PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Tuesday, 25 October 2011

Mayat Ghaddafi Semakin Membusuk



Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.


Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.


Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun

Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” — Reuters

sumber:brojinggo

Tuesday, 11 October 2011

DAP: Halalkan penyelewengan



memang Dap tak layan pun…sebab memang benda itu, Dap bingai langgar pun…
Jadi baik, cerita berkenaan integriti Dap…bolehlah kita mengetahui mereka ini parti yang berintegriti atau pun tidak…
Lee Guang Eng…suka pasal penyelewengan…sebab kalau Barisan buat mesti dia orang awal suruh SPRM siasat..hehehe
Jadi wahai penyokong Dap ketahuilah…dimana integriti pemimpin dan parti anda…sejauh mana mereka serius menangani hal ini..
Ada dengar tak…beberapa pemimpin Dap yang seleweng dana parti baru –baru ini..
Apa keputusannya…
Kalaulah anda sebagai penyokong setia Dap..adakah perlu membiarkan sahaja perbuatan ini..wah lingkup parti kalau begini…
Bagaimanapun, dalam kes Anggota Dewan Undangan Negeri Bentayan Gwee Tong Hiang, beliau dilepaskan dengan tindakan ringan, hanya digantung enam bulan kerana menyalahgunakan dana parti…
Bukan nampak macam…menghalalkan sahaja penyelewengan…apalah nasib kalau Gwee Tong tue…ahli biasa parti…maunya dah kena kejar dek anjing…hehehe
MCA arini dah tunjuk taring…baguslah..hantar Loh seng kok, anggota  jawatankuasa pusat MCA…untuk serang DAP bingai nie…
Syabas MCA…jangan buat peragai macam dulu…harapkan komponen lain serang Dap…
Loh berkata beliau juga terkejut bahawa tiga lagi anggota DAP dari Bahagian Bakri turut dikenakan hukuman ringan bagi dakwaan menggunakan dana parti untuk membeli sebuah pick-up bernilai RM45,000 dan mendaftarkannya di bawah syarikat mereka sendiri.
Jadi…takkan kena hukuman ringang sahaja…wahai penyokong Dap..parti anda dah rosak….kepimpinan tertinggi parti buat tak nampak hal ini…sebab yang salah guna dana adalah pemimpin tertinggi…hehehe …orang kita maa….

sumber:penaksj.wordpress.com

Saturday, 8 October 2011

GUAN END HARAMKAN ADUN DAP BELI TANAH KUBUR ?



Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin." Itulah jaminan dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat.

Tapi itu cerita empat tahun lalu dan hari ini cerita itu sudah berbeza sama sekali.

Hari ini keikhlasan jaminan kerajaan DAP itu dicabar ekoran dakwaan seorang Adun DAP diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam baru-baru ini.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.

Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.

Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.

Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.

Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.

Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?

Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.

Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

SUMBER:azmykelanajaya

Tuesday, 4 October 2011

MCA GOYANG?

KEPIMPINAN MCA


Kepimpinan Dr Chua, bekas menteri kesihatan yang menewaskan Datuk Ong Tee Keat dalam pemilihan parti tahun lalu seperti masih tidak diendahkan oleh ahli parti itu sendiri. Ketika beliau menyampaikan ucapan dasar presiden dalam bahasa Mandarin,banyak kerusi yang kosong di barisan depan dan belakang di Wisma MCA di ibu negara.Beberapa perwakilan yang ditemui memberitahu,orang Cina tidak percaya lagi kepada MCA.kenapa semua ini berlaku ??? jawapannya di bawah 

“Kredibiliti Dr Chua sebagai presiden penuh tanda tanya.Adakah beliau boleh menjadi lebih baik dari Tan Sri Ong Ka Ting atau pun Tun Dr Ling Liong Sik.
MCA menghadapi zaman gelap di bawahnya,” kata Kuan Wei Hong dari Pulau Pinang.Sudah tentu MCA menjadi tidak relevan jika orang Cina terus menolaknya.Malang sekali ditolak kerana kesilapan sendiri. Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menyebabkan parti ini lemah secara perlahan dan diam-diam. Umum mengetahui MCA tidak pernah sunyi dari krisis kepimpinan namun semuanya berjaya diselesaikan menjadikan parti itu kekal relevan.saya rasa Sudah tiba masanya untuk MCA kembali ke pangkal jalan dengan menjadi parti nombor satu bagi orang Cina di negara ini. Sayang jika sumbangan dan pengorbanan selama ini dilupakan begitu sahaja.Kini musuh MCA bukannya DAP walaupun parti serpihan PAP dari Singapura itu menang cemerlang dalam PRU 2008.Musuh nombor satu MCA tidak lain tidak bukan adalah berpunca dari krisis kepimpinan yang berpanjangan, yang telah memusnah kepercayaan dan menghakis keyakinan ahli kepada parti.Dengan PRU 13 semakin hampir,MCA sudah tidak ada masa untuk terus berkocak dari dalam.

sumber:badutrakyat

Monday, 3 October 2011

Semua cari TPM Muhyiddin?


Image
Benarkah beliau hanya membiarkan serangan ke atas Najib?
 

Isu yang mengatakan bahawa Najib akan tumbang sebagai PM Malaysia semakin hangat diperkatakan. Ada yang masih mempertahankan Najib namun tidak kurang pula yang semakin risau kerana takut  tumbang bersama-sama PM Malaysia sekiranya PM itu tumbang. TPM dikatakan hari ini semakin mendapat rujukan. Ini kerana sekiranya PM tumbang maka TS Muyhiddin akan menjadi orang no 1. Masing-masing hari ini mencari jalan untuk merapati TS Muhyiddin. Ini adalah cara politik Malaysia berfungsi. Menaikkan dan menjatuhkan orang sudah menjadi lumrah namun gerakan untuk menghentam Najib pasti akan bermula – melalui laman-laman web pro UMNO.
Najib pula hari ini masih sibuk di ayat oleh mereka yang hanya mencari kepentingan dalam waktu-waktu Najib tahu bahawa ada gerakan untuk menjatuhkan beliau. Mereka hanya mahu apa yang boleh menguntungkan mereka – bukan untung sikit. Najib masih terpengaruh dengan program konon-konon perhimpunan blog pro UMNO dan BN bersama Najib. Itu keutamaan beliau dan beliau pada jangkaan setengah penganalisis TERPENGARUH dengan butiran songsang yang tidak akan dapat membantu UMNO. Lebih sedih lagi kepimpinan UMNO akan hanya mengambil maklum sekiranya apa yang mahu dilakukan menguntungkan diri sendiri sahaja. Ambil menaja laman. Diberitakan pengambilan penyelia laman HANYA berfungsi untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Sekiranya sumbangan untuk mempertahankan UMNO – itu jatuh No 2 dalam barisan prioriti.
Apa pun, dikatakan semboyan untuk menyerang Najib sudah bermula.