Benarkah beliau hanya membiarkan serangan ke atas Najib? Isu yang mengatakan bahawa Najib akan tumbang sebagai PM Malaysia semakin hangat diperkatakan. Ada yang masih mempertahankan Najib namun tidak kurang pula yang semakin risau kerana takut tumbang bersama-sama PM Malaysia sekiranya PM itu tumbang. TPM dikatakan hari ini semakin mendapat rujukan. Ini kerana sekiranya PM tumbang maka TS Muyhiddin akan menjadi orang no 1. Masing-masing hari ini mencari jalan untuk merapati TS Muhyiddin. Ini adalah cara politik Malaysia berfungsi. Menaikkan dan menjatuhkan orang sudah menjadi lumrah namun gerakan untuk menghentam Najib pasti akan bermula – melalui laman-laman web pro UMNO. Najib pula hari ini masih sibuk di ayat oleh mereka yang hanya mencari kepentingan dalam waktu-waktu Najib tahu bahawa ada gerakan untuk menjatuhkan beliau. Mereka hanya mahu apa yang boleh menguntungkan mereka – bukan untung sikit. Najib masih terpengaruh dengan program konon-konon perhimpunan blog pro UMNO dan BN bersama Najib. Itu keutamaan beliau dan beliau pada jangkaan setengah penganalisis TERPENGARUH dengan butiran songsang yang tidak akan dapat membantu UMNO. Lebih sedih lagi kepimpinan UMNO akan hanya mengambil maklum sekiranya apa yang mahu dilakukan menguntungkan diri sendiri sahaja. Ambil menaja laman. Diberitakan pengambilan penyelia laman HANYA berfungsi untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Sekiranya sumbangan untuk mempertahankan UMNO – itu jatuh No 2 dalam barisan prioriti. Apa pun, dikatakan semboyan untuk menyerang Najib sudah bermula. sumber:umno-reform2.com |
Monday, 3 October 2011
Semua cari TPM Muhyiddin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment