![]() |
KEPIMPINAN MCA |
Kepimpinan Dr Chua, bekas menteri kesihatan yang menewaskan Datuk Ong Tee Keat dalam pemilihan parti tahun lalu seperti masih tidak diendahkan oleh ahli parti itu sendiri. Ketika beliau menyampaikan ucapan dasar presiden dalam bahasa Mandarin,banyak kerusi yang kosong di barisan depan dan belakang di Wisma MCA di ibu negara.Beberapa perwakilan yang ditemui memberitahu,orang Cina tidak percaya lagi kepada MCA.kenapa semua ini berlaku ??? jawapannya di bawah
“Kredibiliti Dr Chua sebagai presiden penuh tanda tanya.Adakah beliau boleh menjadi lebih baik dari Tan Sri Ong Ka Ting atau pun Tun Dr Ling Liong Sik.MCA menghadapi zaman gelap di bawahnya,” kata Kuan Wei Hong dari Pulau Pinang.Sudah tentu MCA menjadi tidak relevan jika orang Cina terus menolaknya.Malang sekali ditolak kerana kesilapan sendiri. Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menyebabkan parti ini lemah secara perlahan dan diam-diam. Umum mengetahui MCA tidak pernah sunyi dari krisis kepimpinan namun semuanya berjaya diselesaikan menjadikan parti itu kekal relevan.saya rasa Sudah tiba masanya untuk MCA kembali ke pangkal jalan dengan menjadi parti nombor satu bagi orang Cina di negara ini. Sayang jika sumbangan dan pengorbanan selama ini dilupakan begitu sahaja.Kini musuh MCA bukannya DAP walaupun parti serpihan PAP dari Singapura itu menang cemerlang dalam PRU 2008.Musuh nombor satu MCA tidak lain tidak bukan adalah berpunca dari krisis kepimpinan yang berpanjangan, yang telah memusnah kepercayaan dan menghakis keyakinan ahli kepada parti.Dengan PRU 13 semakin hampir,MCA sudah tidak ada masa untuk terus berkocak dari dalam.
sumber:badutrakyat
No comments:
Post a Comment