KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pakatan pembangkang terpaksa mencari idea baru untuk dijadikan modal apabila mereka terpaksa terus memikul beban biawak hidup bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.
Bekas Setiuasaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata senario politik yang berlaku baru-baru ini sebenarnya telah merencatkan skrip asal pakatan pembangkang bagi menggambarkan kekejaman kononnya yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pembangkang kini sudah hilang punca, perancangan mereka untuk menjadikan seseorang itu sebagai mangsa politik daripada kes yang dihadapi tidak menjadi.
“Mereka kini pening kepala kerana terpaksa terus memikul beban biawak hidup” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, apa yang berlaku menyebabkan pakatan pembangkang terpaksa mencipta modal baru dan pada masa yang sama terpaksa berhempas pulas bagi memastikan biawak hidup yang terpaksa mereka pikul itu tidak memberikan mereka banyak masalah lagi.
“Saya yakin pakatan pembangkang dalam keadaan paling tidak selesa sekarang salain terpaksa memikul biawak hidup mereka juga berdepan masalah dalaman seperti kes pemecatan Dr Hassan Ali, pertelingkahan antara Karpal dan Prof Ramasamy, isu sampah di Selangor, kebangkitan rakyat menuntut janji-janji pilihanraya umum lalu dan pelbagai masalah lain.
“Mereka kini sebenarnya hanya mampu untuk mencari modal untuk tagih simpati rakyat. Ini kerana mereka juga sedar tindakan mereka menyerang peribadi pemimpin BN juga sudah tidak mendatangkan hasil. Dan pada masa yang sama pakatan pembangkang juga masih belum lagi selesai-selesai masalah pembahagian kerusi pilihanraya”, ujarnya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment