PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Saturday, 14 May 2011

Hisham files suit against Anwar latest!


KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has filed a defamation suit against Datuk Seri Anwar Ibrahim for slander against him in connection with the sex video featuring someone resembling the opposition leader.
Hishammuddin filed the suit last April 26 through Zul Rafique & Partners in the new civil High Court here. The media obtained the writ of the suit through a file search.
In his statement of claims, Hishammuddin said that Anwar uttered defamatory words against him during an interview with the media last March 22 after lodging a report on the video with the Dang Wangi police here.
Hishammuddin, 50, said the words were widely reported in the media and the Internet and were understood to mean that he was responsible for screening the video to a group of editors and journalists at Carcosa Seri Negara Hotel last March 21.
The minister said the words were also understood to mean that he arranged for the screening of the video and plotted with the Prime Minister and the police top brass to have it done.
Last April 8, he said, his counsel wrote to Anwar asking him to withdraw his statement to the media and issue an apology ensuring that he did not repeat the words uttered.
On April 22, Anwar, through his lawyer, denied that the words were defamatory.
Hishammuddin said the publication of the words had caused aggravated damage to his personal and professional reputation and to his position as Home Minister in the eyes of Malaysians.
He said that publication of the defamatory words had resulted in him being brought into public scandal and odium, apart from causing aggravated damage to his personal and professional reputation.
Hishammuddin is asking for general, aggravated and exemplary damages and an injunction to stop Anwar or his agent from publishing or continuing to publish the defamatory words.
The court has set May 25 for mention of the case before Judicial Commissioner Vazeer Alam Mydin Meera. – Bernama

Thursday, 12 May 2011

KJ X MAHU TUTUP MULUT

Tak faham sungguh dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin apabila mula buka mulut bercakap soal politik.  Jawatan KP UMNO, tapi suara lantangnya tidak kena pada tempat dan isunya.  Dan selalunya apabila dia bercakap, pastinya yang tidak menguntungkan orang Melayu.
Terbaru, isu kristian sebagai agama rasmi sudah “kebah” panasnya hasil dari beberapa langkah yang diambil oleh PM, dan juga siasatan yang mula dibuat oleh pihak berkuasa.  Si KJ ni pula mengeluarkan kenyataan untuk kembali “kasi line panas”.  Bukan itu sahaja, laporan berkenaan juga menggambarkan bahawa KJ sedang ingin berperang dengan blogger yang membuat pendedahan tersebut.
KJ dilaporkan menggunakan sindiran yang kurang enak terhadap fizikal blogger.  Gaya ini seakan mirip kepada taktik terkini Anwar yg menggunakan kata-kata kesat terhadap pemimpin-pemimpin negara.  Ada apa dengan Anwar dan KJ?
Mgkin isu ini dapat melonjakkan semula nama KJ di persada dunia politik.  Maka itulah dia cuba menonjolkan diri.  Dan skali lagi, isunya bukan untuk orang Melayu.  Masihkah kita ingat kenyataannya “It is sad day for Malaysia” apabila sebuah gereja disabotaj.  Tak ada masalah tentang kenyataannya itu.  Yang menjadikan ia masalah ialah si KJ ni berdiam diri apabila ada surau di Negeri Sembilan dilemparkan cat merah oleh Cina.
Kenapa KJ diam?  Kenapa tiada suara?  Yg ada hanyalah payung terjun dan pertunjukan fesyen!
Dan kenapa KJ “kasi panas line” pasal isu yang semakin kebah ini?  Apakah ada “hidden political agenda”?
Asal bukan mulut sahaja tentang kebanyakan isu, orang Melayu mesti rugi.  Itulah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.  Dan jangan hairan apabila dia dilihat sgt mesra dengan “politik baru”, kerana mgkin sedang membina jambatan yang bakal menghubungkan kariernya ke sebelah sana suatu hari nanti.
SUMBER :SELANGOR DAILY.COM

MASALAH SOSIAL, Salah Siapa???


Masa kini, kita selalu dikejutkan dengan budaya-budaya negatif oleh muda-mudi kita di seluruh negera. Berbagai-bagai perilaku remaja semakin agak sukar untuk dibendung walaupun kerajaan sudah mencuba langkah-langkah yang proaktif untuk menangangi permasalahan tersebut.

Penulis dan juga seperti kebanyakkan orang lain sudah tentu risau akan perlakuan remaja sekarang ini yang mana untuk jangka masa panjang mungkin boleh memudaratkan kebajikan sosial masyarakat setempat.

 Disini ingin penulis ulas sedikit mengikut pengalaman peribadi penulis, penulis ingin bertanya kepada pembaca sekelian. Pernahkah kita melihat orang-orang yang berumur bertelagah di khayalak ramai??rasanya penulis bukan sekali dua menghadapi situasi sebegini. Boleh dikatakan sederhana “moderate-nya” saban tahun.
Pernahkah kita fikir akan implikasinya kepada muda-mudi??ya..sudah tentu bukan?? jadi, persoalan penulis, manakan melentur buluh dari rebungnya??

Penulis lewat petang tadi terserempak dgn sedikit pertelingkahan kecil ditepi jalan..tapi penulis sungguh sedih kerana anak-anak mereka turut menyaksikan melihat ibu mereka bertengkar dengan orang lain yang seumur mereka. Perkataan kesat mula terhambur keluar..penulis disitu cuba mententeramkan pihak yang satu lagi..Hanya masalah remeh temeh, tapi diperbesarkan seperti dunia akan kiamat..
Yang tidak sedap dilihat apabila anak-anak yang meningkat dewasa “dalam lingkungan belasan tahun” turut sama mempelajari sikap negatif dari ibu bapa mereka sendiri. Mujurlah pihak yang lebih tua umurnya dan yang disalahkan ini menarik diri dan beralah..

Tapi penulis ingat ianya berhenti disitu..dengan angkuhnya si ibu tadi setelah puas menegakkan kebenaran remeh temehnya tadi berlalu pergi..tiba-tiba penulis ternampak anaknya menunjukkan isyarat “jari tengah” istighfar penulis…

Dari situasi pendek ini, dapatlah penulis rumuskan, pembelajaran bermula dari rumah. Jangan kita salahkan jika berlakunya kerosakkan moral dikalangan muda-mudi kita, kerana sudah tentunya tanpa sedar kita juga sebagai keluarga turut penyumbang dalam pembentukan identiti anak-anak.

Sama-samalah kita mendidik anak-anak kita supaya lebih menghormati dan berbudi bahasa, pokok pangkalnya ianya mencerminkan akhlak keluarga.
sumber:Pena KJ

Wednesday, 11 May 2011

ADUN TEBEDU APA DAH JADI?



ADUN PBB Tebedu, Tan Sri Micheal Manyin hari ini masuk Borneo Post. Merujuk insiden rakyat mengamuk sampai bakar 9 buah kenderaan berat dan lori milik pembalak di tanah kampung. Baru menang PRN, tapi masalah sudah timbul. Difahamkan dalam borneopost, beliau sudah dimaklumkan sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil.
Peristiwa seperti ini amat memalukan dan menyedihkan...Baru jer habis pilihanraya Sarawak..tapi ADUN ini lupa dengan tanggungjawab terhadap rakyat..Jangan lupa rakyat yang beri pangkat YB tu???

Tuesday, 10 May 2011

PEGUAM ISLAM MENGATAKAN ISLAM BUKAN AGAMA RASMI MALAYSIA

KUALA LUMPUR:
Pada mulanya isu hanya tentang dakwaan perjumpaan paderi-paderi Kristian yang turut menjemput Jeff Ooi DAP. Jeff Ooi memberi jawapan yang sangat mencurigakan apabila ditanya KLIK SINI.

Kemudian Lim Guan Eng DAP, seorang Cina beragama Kristian cuba mempertahankan isu tersebut dan menuduh Utusan Malaysia sengaja bermain api pada hal isu tersebut sekadar persoalan ikhlas yang menuntut Jeff Ooi dan perkumpulan Kristian tersebut untuk menjawab.

Jika ya katakan ya, jika tidak katakan tidak. Itu sahaja! Mudah! Dan bukan seperti bebelan Lim Guan Eng DAP yang sengaja meneguk di air yang keruh.

Ironinya, satu persatu isu timbul dek keberanian Utusan Malaysia mengenengahkan isu tersebut. Dan semuanya sangat mencabar kedudukan orang Islam di negara ini!

Yang terbaru ialah kenyataan peguam Melayu seperti di bawah :-



KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.


Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,”kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Monday, 9 May 2011

Saman fitnah Ketua Menteri Sarawak terhadap Malaysiakini diteruskan


PUTRAJAYA: Kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita, Malaysiakini, akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan kebenaran Taib untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membuang hanya satu daripada empat perenggan pernyataan pembelaan Malaysiakini.


Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff memerintah Abdul Taib membayar kos guaman RM10,000 kepada portal berita itu dan defendan bersama, ketua pengarang Steven Gan.
Pada 3 Jan lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian daripada rayuan Abdul Taib. Mahkamah Rayuan membatalkan salah satu daripada empat perenggan yang dipohon oleh Abdul Taib untuk dibuang daripada pernyataan pembelaan, iaitu perbuatan saman itu menyalahkan proses mahkamah.

Tiga lagi perenggan dalam pernyataan pembelaan dikekalkan iaitu berkaitan justifikasi penyiaran artikel itu, ulasan pembaca dan perkapalan Archipelago yang didakwa dikaitkan dengan keluarga ketua menteri itu.
sumber:MYmetro

BENDERA MALAYSIA DIPASANG TERBALIK?


Gambar di atas dihantar melalui emel kepada saya. Pengadu meminta saya menyiasat mengapa Jalur Gemilang dipasang terbalik, lambang negara berada dalam keadaan darurat. 

Berikutan itu, jam 10.30 malam tadi, saya ke masjid terletak tidak jauh dari rumah.  Bendera  sama masih dikibarkan terbalik.


Saya kemudian menemui 2 kakitangan masjid dan memaklumkan mereka berhubung aduan saya terima.

Beberapa minit kemudian mereka membuat keputusan menurunkan Jalur Gemilang lusuh dan koyak di hujung itu.


Mereka berdua mengakui menerima aduan berhubung kedudukan bendera terbabit  sebelum ini, cuma barangkali kekurangan masa untuk memperbetulkan posisi bendera itu. .

"Siapa menaikkan bendera selalunya?," soal saya.

"Siak," balas mereka.

"Ada orang buat ni, tengok cara ikatan pun simpul mati," keluh lelaki berbaju kemeja.

Dia kelihatan sukar menanggalkan simpulan.


Apapun, saya menerima kenyataannya sebagai satu tanggapan  sahaja berikutan ketiadaan bukti sahih berhubung dakwaan itu. Tambahan pula, manusia boleh melakukan kesilapan secara tidak sengaja. Sebaik diturunkan, mereka berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang uzur terbabit dengan bendera baru.

Hemat saya, Jalur Gemilang harus dikibarkan dengan kedudukan  betul kerana  bendera itu dilihat ramai jemaah masjid dan mereka melintasi kawasan sama. 

"Banner direntang di pagar masjid tu, memang mendapat kebenaran ke?," soal saya lagi.

"Tak," balas mereka.

Saya kemudian keluar dari kawasan masjid dan merakamkan gambar banner direntang  di pagar berhampiran jalan utama. Di kalangan penduduk Kota Damansara, Petaling Jaya, masjid terbabit dikenali sebagai 'masjid kuning' kerana warnanya.


Banner memaparkan maklumat berhubung program bual bicara bertajuk 'Islam Dan Perubahan'.


Majlis akan berlangsung di Masjid Taman Subang Perdana, 10 Mei, jam 8 malam.

Sewaktu saya merakamkan gambar masjid terbabit ... 

 

Mengapa ditanggalkan?  

NOTA

Terima kasih kepada semua pengiklan di blog ini. Sokongan anda, amat saya hargai.