PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Tuesday, 13 December 2011

Anwar Perlu Resah Gelisah



Sepanjang sesi penggulungan hujah semalam oleh peguambela Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, banyak perkara yang cuba disentuh oleh mereka. Bagaimanapun satu perkara yang sangat jelas ialah barisan peguambela Anwar Ibrahim telah gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Yang mereka pertikaikan adalah tentang tahap kesihatan sperma di dalam dubur Saiful. Karpal, Sankara Nair dan Ram Karpal langsung tidak mempertikaikan pemilik sperma tersebut. Sebaliknya yang dititikberatkan adalah tentang bagaimana DNA Anwar Ibrahim diperolehi. 
Melucukan apabila Sankara cuba menimbulkan teori tentang penanaman dan pengadaan bukti iaitu DNA anak guamnya. 

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim keberatan untuk menyerahkan DNAnya secara sukarela, sebaliknya memberikan pelbagai alasan, termasuklah pihak berkuasa telah mempunyai DNAnya pada tahun 1998 dahulu, iaitu perbicaraan liwat pertamanya.

Saya tidak melihat kerja-kerja peguambela Anwar Ibrahim itu dapat menyingkirkan persepsi awal bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful Bukhari Azlan berdasarkan kepada gelagat mereka sendiri. Apatah lagi dalam penggulungan pada sebelah petang, Sankara dan Ram Karpal seolah-olah sepakat untuk menyatakan bahawa Anwar memang meliwat tetapi liwat itu dilakukan secara suka sama suka.

No comments:

Post a Comment