PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Saturday, 24 December 2011

Dato AC Mizal? Dato Eizlan Yussuf



Mungkin sudah tidak ada orang atau tokoh yang lebih layak diberi gelaran Dato melainkan AC Mizal dan Eizlan Yussof. Mungkin, ketokohan pengacaraan AC Mizal lebih hebat dari Aznil Haji Nawawi dan kehebatan Eizlan Yussoff berlakon lebih hebat dari Eman Manan, Rosyam Nor dan sebagainya. Mungkin terlalu banyak jasa yang dicurahkan oleh mereka berdua kepada negeri dan negara tercinta sehingga melayakkan mereka mendapat penganugerahan sedemikian rupa.

Bukan cemburu, dengki atau iri hati bermain di minda. Cumanya CTS hanya mahu memastikan pangkat Dato yang dipegang oleh seseorang kelihatan jauh berbeza dengan gelaran-gelaran murahan yang lain seperti GRO dan sebagainya. Biarlah pangkat Dato hanya dipegang oleh orang yang benar-benar layak, seorang yang banyak berjasa kepada negara dan seseorang yang pernah atau selalu mengharumkan nama negara. Kita tak mahu seseorang yang memegang gelarang Dato terpalit dengan masalah khalwat, tak bayar nafkah bekas isteri, perasuah dan banyak yang ditangkap kerana mencuri, menipu dan merompak.

Teringat kata-kata seorang kawan, kalau kita berdiri di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai, jika dibaling batu ke belakang, kebarangkalian untuk batu berkenaan mengenai seorang Dato adalah tinggi. Itulah perumpaan betapa banyaknya Dato-Dato di Malaysia. Seperti buih-buih di laut.

No comments:

Post a Comment