PENGHINAAN PIHAK PAS..!!!

Wednesday, 7 December 2011

SENATOR BARU DARI PBB SARAWAK



KUALA LUMPUR 7 Dis. – Pengerusi Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, Melaka, Datuk Saat Abu dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB), Lihan Jok hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Saat, 60, yang juga Bendahari UMNO Bukit Katil, merupakan ahli perniagaan dan juga Ahli Lembaga Pengarah, Syarikat Air Melaka Bhd.

Lihan, 54, yang juga ahli perniagaan pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tutoh Apoh, Baram (2000-2001).

Kedua-dua mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama. - Bernama

No comments:

Post a Comment